Aku bawa diri ke sawah. Entahlah. Aku rasa ini saja satu satunya tempat untuk aku cari ketenangan. Lagipun hari dah nak senja. Takutlah aku untuk pergi jauh jauh. Aku tarik nafas dalam dalam kemudian aku hembus perlahan.
Sebak yang tertahan semakin mencengkam hati. Walaupun Suraya tidak sempat menghabiskan kata-katanya tadi namun aku tahu dia mahu menghina ibu. Aku tak rela.
Sesiapa pun tidak sanggup bila orang menghina ibu sendiri.
Bertambah sedih hatiku apabila Naufal sendiri memihak kepada Suraya berbanding aku. Bukan kerana aku cemburu, jauh sekali perasaan itu hendak datang menyapa.
Tapi... entahlah.
Aku sendiri buntu. Sebentar tadi, aku marahkan dia kerana leka berborak dengan Suraya sehingga tidak mendengar aku memanggilnya banyak kali. Dan tadi pula dia memihak kepada Suraya yang jelas bersalah.
Aku... haih entahlah.
Yang pasti, aku sakit hati diperlakukan begitu.
"Hana," aku menoleh. Naufal berdiri memandang aku dengan pandangan yang serba salah. Aku hanya buat muka selamba. Aku malas hendak bertekak sekarang ni.
Penat.
Naufal labuhkan punggung di sebelah aku. Aku hanya membiarkan. Untuk seketika, suasana antara kami diam. Aku dan dia melemparkan pandangan ke arah sawah yang menghijau luas terbentang.
Lebih indah sawah daripada pandang muka dia kan?
Mungkin.
"Marah abang?" aku diam.
Marah? Entah aku tak pasti. Kalau marah, motifnya apa? Kerana dia lebihkan Suraya? Mesti dia ingat aku cemburu nanti.
"Hana, abang minta maaf," Naufal mengalihkan badannya sedikit menghadap ke arah aku. Aku masih memandang ke hadapan daripada melihatnya.
"Untuk apa?" tanyaku dingin.
"Abang tak patut tengking Hana tadi. Abang tak tahu yang..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku memintas terlebih dahulu
"Tak ada apa yang nak dimaafkan. Awak tak salah. Tak perlu minta maaf. Sebab maaf takkan pernah boleh ubah apa yang jadi," mendatar sahaja aku berkata.
"Tapi sekurang kurangnya dengan maaf boleh mengubatkan hati orang yang kita sakiti,"
"Pada awak. Bukan pada saya. Sorry change nothing. So just stop," aku bangun dari situ.
Belum sempat hendak melangkah, Naufal terlebih dahulu bersuara.
"Su minta maaf. Dia menyesal dengan apa yang dia cakap tadi. Hana maafkan dia ya?" aku senyum sinis
"Dia takde salah dengan saya. Saya tak terima maaf orang kecuali orang tertentu. Awak beritahu dia, silap dia pada ibu saya. Suruh dia minta maaf pada ibu. And one more thing, awak bagitahu dia jangan sampai saya jumpa mak dia. I'm afraid that I will do the same thing," aku buka langkah untuk pergi.
"Dia dah takde mak, Hana," aku terdiam sebelum menyambung.
"Then she should be more senitive bila dia nak cakap sesuatu yang melibatkan soal ibu. She should aware about it just like me yang dah takde seorang ayah," aku terus berlalu pergi. Malas hendak berbahas dengan Naufal lagi.
Aku penat.
Sampai sahaja di rumah, aku lihat Mak Wan menunggu di tangga. Aku senyum seperti biasa dan menegurnya.
"Mak Wan buat apa kat sini? Dah nak maghrib dah ni," aku raih tangan tua itu dan usap perlahan
"Wan tunggu kau boduo lah. Risau hati Wan ni haa tengok kau boduo gaduh macam itu," aku senyum.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
RomanceNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...