💮 47

28.9K 1K 20
                                    

Di balik cermin itu, susuk tubuh Hana yang masih terbaring lesu di atas katil dipandang sayu. Naufal melekapkan tangan di cermin tersebut, berharap mampu untuk menembusi cermin itu dan memegang Hana membelai Hana seperti selalu.

Luluh hatinya melihat keadaan Hana begitu, bersama wayar wayar yang berselirat di badan disambungkan dengan mesin di tepi. Wajah yang dulu sering mempamerkan senyuman manis kepadanya, kini pucat di situ dengan balutan di kepala dan beberapa bahagian badan.

Allah, sedarkan dia, ambil semua kesakitan dia, sungguh aku tak mampu melihatnya begini.

Sentuhan di bahu Naufal menyentakkannya daripada lamunan. Naufal menoleh. Wajah ibu sedang tersenyum menyapa pandangannya.

Naufal membalas kembali senyumannya yang hakikatnya sudah hilang sirnanya. Hilang dibawa pergi kekasih hati.

Ibu dan Naufal turut sama memandang ke arah Hana yang sudah sehari berlalu tetap terbaring di situ. Tiada tanda-tanda mahu bangun langsung.

"Hana akan okay kan, ibu?" sedaya mungkin Naufal menyembunyikan getar di jiwa, tak mahu ibu tahu gelodak rasa yang mencengkam di dada.

Ibu menarik senyuman kecil, mencari kekuatan untuk menjawab pertanyaan menantunya. Dia sendiri tak pasti, dan dia juga tak mahu berharap apa-apa.

Kerana segala kemungkinan yang bakal terjadi, baik atau pun buruk, dia mahupun yang lain perlu bersedia menerima.

"In Shaa Allah, anak ibu akan okay. Hana akan sedar nanti, in shaa Allah,"

Seperti Naufal, jiwanya juga cuba menyembunyikan segala rasa yang bertamu. Walaupun sakit, siapa dia untuk tidak mahu menerima?

"Macam mana nanti... apa Naufal nak jawab kalau Hana tanya tentang anak kami? Naufal tak mampu ibu,"

"Naufal mampu, sebab itu Allah bagi ujian macam ni. Jangan lemah, Naufal. Kuat demi Hana. Kalau Naufal sendiri tak kuat, macam mana nak hadapi semua ni dengan Hana nanti? Ibu percaya, Hana mampu terima. Ibu kenal anak ibu, dia akan redha andai dia mengerti kehendak Allah,"

"Naufal rindu Hana, rindu anak anak Naufal," ucap Naufal sayu. Air matanya bergenang, tapi masih cuba ditahan daripada gugur.

"Ibu pun rindu. Naufal kena percaya satu hal, Allah Maha Mengetahui. Setiap rindu Naufal akan terbalas jua nanti. Apa yang Allah ambil daripada kita saat ini, Dia akan berikan yang lain. Allah Maha Adil, Naufal. Dia tak akan pernah biarkan kekosongan selamanya dalam hidup kita, nanti cepat atau lambat Dia akan isi kembali asalkan Naufal yakin pada Dia,"

Tanpa sedar, air mata Naufal mengalir perlahan cuba memahami kata kata Ibu. Dia mengangguk kepala lemah, kemudian berpaling menghadap Ibu.

"Terima kasih Ibu, sebab ada dengan Naufal. Kuat dengan Naufal, sokong Naufal. Naufal sayang Ibu, sangat-sangat," ibu menghela nafas perlahan sebelum kemudian tangannya naik mengusap sebelah bahu Naufal sambil tersenyum.

"Ibu tahu Ibu tak salah terima Naufal sebagai menantu. Hana bahagia, ibu tahu,"

Naufal turut sama tersenyum, terubat sedikit hatinya mendengar tentang itu. Sekurangnya, dia tahu Hana memang benar-benar bahagia bersamanya.

"Naufal mesti belum makan, kan? Jom kita makan dulu, hm?" ajak Ibu kerana dia tahu menantunya yang satu ini daripada semalam tidak menjamah apa-apa makanan. Kerisauannya mengatasi segala hal di dunia.

Naufal cuma mengangguk, dan kemudian mengikuti Ibu menuju ke kafe bersama sama. Sekilas, dia menoleh ke arah Hana sebentar.

Kenyataannya, hatinya berat hendak meninggalkan tempat itu. Kakinya berat untuk melangkah pergi. Serasa bagaikan jiwanya terbang di bawa pergi bersama Nur Hana Imani.


BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now