💮 18

40.1K 1.6K 16
                                    

Naufal membantu aku membancuh air pagi ini sementara aku sibuk membuat sarapan. Entah angin apa yang merasuk badan dia rajin turun dapur mencemar duli. Selalunya masih membongkang atas katil dengan phone. Mak Wan pula sedang mengupas kulit kelapa di luar rumah. Hebat juga Mak Wan. Dah tua pun masih kuat lagi kudratnya. Si Naufal ni bukannya nak bantu.

Aku dan Naufal bawa hidangan sarapan kami ke luar rumah. Mak Wan yang suruh. Katanya, hari terakhir kami di sini eloklah cuba bersarapan di luar rumah.

Pangkin usang yang masih teguh berdiri di bawah pohon kelapa itu kami duduki. Aku tuang air teh buatan Naufal ke dalam cawan. Sarapan aku buat simple sahaja hari ini. Request Naufal yang terlebih mengada, mengidam inginkan roti goreng berintikan sardin. Aku hanya menurut memandangkan barang-barang pun lengkap di dapur. Lagipun, itu favourite Naufal.

Macam mana aku tahu? Well, he was my crush right? Of course aku tau!

Satu kelebihan di situ.

"Ponek botoi buek sorang sorang. Haih Naufal ekau memang tak roti nak tolong Wan ko? Duduk bokopit jo memanjang Wan tengok," aku hanya gelak kecil. Yes, Mak Wan memang betul pun!

"Naufal bukan taknak buat, Mak Wan. Tapi penatlah. Lagipun Naufal datang sini kan nak relax," Naufal senyum menampakkan gigi. Aku terpaku melihat senyumannya. Sentiasa menawan macam selalu.

Hati berdegup kencang. Aip dah kenapa pula ni...

"Monyampah lak Wan donga eh. Daripado ekau duduk macam ni yo baik bawa si Hana ni ronda ronda kampung. Asyik dok toporap jo dalam rumah macam puteri lilin dah Wan tengok," kata Mak Wan seraya bangun menyambung tugasnya kembali.

"Nak ke dia, Mak Wan? Sayang boleh ke jalan kaki?" Naufal memandang aku

"Huh? Boleh je. See my legs lah," aku senyum sinis

"Oh meh sini abang nak tengok," Naufal mengacah ingin menyelak sedikit seluar yang aku pakai.

"Hei, pervert!" aku tepuk tangannya. Ada pulak ke situ hish

"Apo pulak jalan kaki? Bawaklah basikal bawah rumah tu ha," celah Mak Wan

"Adalagi ke Mak Wan basikal tu?" kata Naufal ceria semacam. Aku memandang ke bawah rumah. Tak ada pula bayang basikal? Dalam stor kut.

"Ado lai lah. Tak sanggup Wan nak buang. Dalam stor tu ha," Mak Wan memuncungkan bibir menunjuk ke arah stor. Naufal terus berlari menuju ke sana.

Amboi bahagianya? Dah kenapa?

Beberapa minit kemudian, Naufal keluar bersama sebuah basikal tua. Nampak berhabuk tapi masih nampak kukuh untuk digunakan.

"Sayang! Jomlah," Naufal memanggil aku datang ke arahnya. Aku sarung selipar dan menuju ke arah Naufal.

"Nak pergi mana?"

"Abang bawa sayang jalan jalan kampung. Jom!" kata Naufal teruja. Aku juga jadi semakin teruja dan terus senyum lebar. Aku duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang.

"Okay tak?" tanya Naufal.

Aku mengangguk dan senyum kecil

"Okay je ni. Jalanlah,"

"Sebelum tu..." Naufal menarik sebelah tanganku dan dililitkan di pinggangnya.

"Nanti Hana jatuh. Pegang abang jangan lepas tau," aku teragak agak sebelum mengemaskan lagi peganganku terhadapnya.

"Enjoy the ride, sayang!" serentak itu Naufal mengayuh perlahan basikal tua tersebut meninggalkan kawasan rumah. Aku lambai Mak Wan sambil tersenyum lebar.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now