💮 34

33.4K 1.1K 20
                                    

Aku terjaga. Perlahan-lahan mata aku buka. Suasana sekeliling gelap. Malas hendak fikir, bukannya bodoh sangat tak tahu sekarang aku dekat mana. Bau hospital, semua orang kenal.

Denyutan di tapak kaki terasa mencucuk-cucuk. Aku cuba bergerak ingin melihat ke arah kaki sendiri namun terbantut apabila merasakan tangan sebelah kanan berat semacam serta sesuatu menindih perut. Aku toleh ke sebelah. Wajah Naufal yang sedang lena aku tatap lama. Rambutnya aku usap perlahan.

Kasihan, pasti sakit badannya nanti tidur duduk macam ni. Haih kalaulah perkara semalam tak terjadi, pasti aku dan Naufal tidak berada di sini saat ini.

Perbuatanku mengusap rambut Naufal membuatkannya turut terjaga daripada tidur. Rasa terganggu mungkin apabila aku usap rambutnya. Naufal mengangkat kepala memandang ke arah aku sambil menggosok gosok mata sebelum melemparkan senyuman kecil ke arahku. Aku membalas senyumannya.

"Abang pergi tandas kejap," aku hanya mengangguk dan melihat Naufal masuk ke dalam tandas yang memang disediakan di dalam bilik tersebut.

Sepuluh minit lebih kurang, barulah Naufal keluar daripada bilik air. Wajahnya nampak lebih segar daripada tadi. Dan kelihatan lebih kacak.

Alahai sakit macam ni pun sempat lagi aku nak cair kan? Hish!

Naufal kembali melabuhkan duduk di sebelahku, bukan di atas kerusi tapi di atas katil.

"Nak duduk," pinta aku kepada Naufal sebelum dia sempat berbicara apa-apa.

Naufal membantu aku bangun separuh duduk dan bantal yang disediakan disandarkan di kepala katil dan dia mengangkatku ke atas sedikit. Tanganku lingkarkan ke leher Naufal mendapatkan sokongan supaya boleh bergerak lebih lagi.

Bau wangian Naufal menusuk-masuk ke dalam hidung melekakan aku. Belum mandi pun masih wangi, apatah lagi dah mandi? Tak ke jatuh tergolek-golek iman aku?

"Tahu rindu, tapi sampai bila nak duduk macam ni, hm?" terkejut dengan teguran Naufal, cepat cepat aku jarakkan diri daripadanya. Lupa bahawa kedudukan kami begitu dekat tadi.

Alahai, hati!

"Bukalah tingkap, gelap," cepat-cepat aku ubah topik menghilangkan rasa malu .

"Iyalah sayang, sekejap ya," sekilas, Naufal mencium pipi kananku membuatkan aku malu. Haih pagi-pagi lagi dah mula dah!

Bilik yang tadinya suram dan gelap kini terang diterangi cahaya mentari pagi. Langit masih kelihatan kuning keorenan memandangkan hari masih awal pagi.

Naufal kembali semula duduk di sebelahku. Ditatap wajahku dan diambil tanganku digenggam erat.

"Sayang okay?" aku senyum dan mengangguk. Okay, lebih okay dengan Naufal di sisi.

"Maafkan ab--"

"Hana taknak cerita lagi pasal ni, please," rayu aku sambil menatap mata Naufal. Naufal mengeluh seraya mengangguk.

"Em Hana lapar..." kataku sambil tersengih.

Iya, serius lapar daripada semalam tak makan sebab perempuan tu punya pasal habis kerja di dapur semua tergendala.

Naufal senyum.

"Iya, sayang nak makan apa?" aku memusing-musingkan bebola mata kononnya berfikir menu apa yang hendak aku makan. Tak apa, yang sakit kaki alhamdulillah tekak belum mati selera lagi masih rasa nak telan semua makanan tanpa had.

Mataku terhenti ke arah bungkusan plastik yang terletak elok di atas meja sebelah.

"Plastik apa tu, bang?" tanya aku kepada Naufal sambil menunjukkan ke arah bungkusan tersebut.

BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔Where stories live. Discover now