Naufal.
Nama yang tidak pernah jemu bergema di dalam hati. Bukan kerana angau. Mungkin kerana hati sudah terpaut semula?
Oh tak.
Tak mungkin.
Bukan tak mungkin.
Tak patut.
Tak patut rasanya aku letak harapan menggunung seawal ini.
Ya, aku tak nafikan dia baik. Malah, layanan hari demi hari semakin menyenangkan aku walau terkadang setiap ayat yang dibicarakannya terlalu manis sehingga membuatkan hati aku tak pernah berhenti bergetar.
Senyumannya, aku tak pernah nafikan ia semanis madu. Redup pandangan matanya, sentiasa memerhatikan aku, mustahil tak menggetarkan hati perempuan aku kan?
Setiap sentuhan lembutnya, sentiasa membuatkan degupan jantungku laju.
Beritahu aku, betapa bencinya kau pada seseorang, apabila diberi layanan sebegitu rupa hati mana yang tidak terpaut walaupun sedikit?
Lebih lebih lagi bila orang tu ialah orang yang kau pernah suka dan tiada siapa selain daripada dia selepas itu?
Kau nak aku mengaku?
Ya, aku mengaku.
Setiap apa yang dilakukan oleh Naufal Uzzam sedikit sebanyak menggoyahkan dinding kebencian yang aku rasa sudah lama runtuh.
Dia suami.
Dia pelindung di dunia.
Mungkin. Mungkin sudah tiba masanya Allah bukakan hati ini. Sifatnya yang semakin menyenangkan berbanding dahulu, mustahil kau tak terpaut kan?
Tapi salahkah aku kalau aku masih keliru dengan perasaan sendiri? Mungkin aku patut bertanya pada Dia.
Minta Dia jawapannya.
Kalau aku boleh sayang rumah tangga yang kami bina, mengapa aku tidak sayang pada pembinanya juga?
Mungkin benar kata Naufal.
Aku patut lepaskan segalanya. Aku tak sepatutnya hidup dengan bayangan masa silam yang teruk tu.
Di hadapan aku kini berdirinya Naufal Uzzam yang baru. Yang lebih baik, yang lebih penyayang.
Dan yang pasti seribu lebih baik daripada Naufal Uzzam yang dahulu.
Tak adil rasanya aku menghukum dia kerana silapnya yang tak seberapa. Semuanya cerita lama. Mungkin sudah tiba saatnya aku kuburkan segalanya.
Aku patut buka lembaran baru bukan?
Bersama Naufal Uzzam yang baru. Buka hati untuknya, untuk syurgaku.
Naufal layak diberi peluang. Bukan peluang kedua. Dia sememangnya layak diberi peluang setiap hari.
Bukankah setiap hari yang diberi oleh Allah adalah peluang untuk memperbaiki segalanya?
Aku toleh Naufal yang masih lena dibuai mimpi. Penat sangat gamaknya berjalan sehari suntuk semalam. Semua kenangan semalam terlayar kembali.
Betapa manisnya Naufal, memberikan kejutan demi kejutan.
Tipulah kalau aku kata aku tak bahagia. Perempuan mana yang tak bahagia bila dimanjakan suami begitu?
Benarlah kata orang, lepaskan semua supaya kau dapat rasa manisnya kembali.
Aku dekatkan bibir ke wajah Naufal. Aku kucup dahinya sekejap. Jangan tanya kenapa aku seberani ini.
Jangan bagitahu Naufal juga okay? Ini amaran.

YOU ARE READING
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
RomantikNur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih m...