01

14.1K 1.1K 208
                                        

Hanah Lee's POV

Aku meletakkan kotak besar yang berat itu ke atas lantai. Aku mengeluh seketika sebelum mengesat peluh yang mengalir di dahi aku. Masuk kali ni tak silap aku dah 13 atau 14 kali kami berpindah rumah.

Sejak aku kecil memang kami tak pernah bertahan lama duduk kat satu rumah. Asyik berpindah. Semua disebabkan appa aku. Sejak appa aku tinggalkan omma dengan aku, kami asyik berpindah.

Salah satu sebabnya juga dari pekerjaan omma. Omma bekerja sebagai 'travelling nurse'. Dia sentiasa dapat tugasan baru setiap 6 bulan atau setahun.

Aku pandang sekeliling rumah sebelum menjatuhkan punggung aku ke atas sofa empuk di ruang tamu itu.

"Rindu rumah lama."

Nampaknya aku perlu biasakan diri lagi kat rumah baru ni. Bukan je rumah, aku kena biasakan diri aku dengan keadaan sekeliling. Salah satunya kolej. Aku terpaksa pindah ke kolej area sini disebabkan kami berpindah.

Selama aku kerap berpindah tempat pengajian, macam-macam jenis kolej dan pelajar aku dah jumpa. Yang terlalu berdisiplin ada. Yang terlalu kurang ajar pun ada. Yang bukan macam tempat pengajian pun ada. Kali ni pulak apa?

"Hanah, okey tak rumah baru kita ni? Hanah suka?" Aku tolehkan kepala kearah omma. Aku angguk perlahan.

"Not bad lah."

"Kamu kena masuk kuliah baru kamu. Excited tak?"

Seriously ma, dia tanya soalan tu? Siapa je yang excited nak pergi sekolah? Omma ingat aku budak darjah 1 yang gembira lompat-lompat bagai bila masuk first day sekolah?

"Em. Entah."

"Omma hantar kamu ya? Pergi bersiap cepat."

"Okey."

Selepas 15 minit, aku turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta. Omma letakkan fail kuliah aku di atas riba. Aku mengambil fail itu dan melihat isi didalamnya.

School of Perfoming Arts Seoul

Bunyi macam menarik. Aku baru tahu nama kolej aku hari ni. Heol.

-----

Here I am.

Alone. Takde kawan. Bosan.

Alah biasalah kan budak baru githuew.

Aku mencari locker milik aku di kawasan locker. Mata aku menangkap mata beberapa pelajar yang melihat aku atas bawah. Yeah, aku tak suka jadi pelajar baru. Asyik jadi perhatian. Takde benda lain ke nak tengok duk pandang-pandang aku buatpa haih.

Aku mengeluarkan telefon dari beg aku dan melihat email yang masuk. Email dari caunselor kolej baru aku.

First period was with Mr Bogum Park in Calculus.

Exactly, I LIKE math guyseu.

"Budak baru ke tu?"

"Em, I think so? Aku tak pernah nampak muka dia kat sekolah ni."

"Fresh meat huh?"

"Tegur jom?"

"Ei janganlah! Dia tak layak jadi member kita. Dari pakaian dia tak fashionable langsung."

Suara setan mana yang menyemak kat telinga aku ni hah? HAAA?!

Aku jeling dekat tiga orang perempuan yang berdiri tak jauh dari aku. Mata aku tertumpu dekat nametag diorang.

Song Eunchae.

Shin Leon.

Dan sorang pompuan yang acah diva dan aku dapat rasa dia ni leader diorang nama dia Park Yeonji like dehek-

Dah ah rambut blonde berkarat pfft.

Eh jap, bukan rambut aku pun blonde ke err. Pape jelah.

Bunyi loceng hentikan suara hati aku dari mengutuk perempuan acah diva tu tadi. Aku masukkan semula telefon ke dalam beg dan masuk ke kelas.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now