"Every girl wants a bad boy who will be good just for her."
Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
cuma nak maklumkan inilah chapter dimana bermulanya kekonflikan yang agak kekhinziran so here we go HAHA
oh ya, style rambut taehyung dekat sini era DNA punya ya
--------
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Taehyung's POV
Mata aku bergerak laju membaca setiap baris ayat di atas kertas itu. Tulisan itu penuh di satu per satu muka surat sehingga memeningkan kepala aku. Aku memandang Jisoo di hadapan aku dengan kerutan di dahi.
"Apa ni?"
Jisoo terkebil-kebil memandang aku seketika lalu mengalihkan pandangannya kearah fail kerja miliknya yang aku pegang.
"Yang tuan minta semalam."
"Ini?"
Jisoo mengangguk dengan teragak-agak. Aku melepaskan keluhan lalu meletakkan fail itu di atas meja sambil tangan aku beralih mengurut pelipis. Aku belum sampai tahap yang kurang ajar sehingga menghempas fail di hadapan pekerja seperti di drama televisyen itu semua. Itu hanya menyeksa mental mereka.
"Buat balik."
Mata Jisoo terbeliak. Mulutnya terbuka-buka seperti berkata sesuatu. Aku mengangkat kening.
"Tapi tuan— Ini—"
"Jisoo, saya tahu sebenarnya awak malas buat pembetulan kerja ni semula, kan? Untuk pengetahuan awak kesalahan kecil sahaja yang awak buat boleh merugikan sebanyak 5%. Walaupun nilainya kecil, tetapi ia tetap bernilai dan perlu dititikberatkan." Bebel aku panjang lebar. Riak wajah Jisoo berubah mengendur dan akhirnya dia mengalah. Fail tersebut diambilnya lalu dia memberikan tunduk hormat sebelum keluar.
Baru beberapa saat Jisoo keluar, pintu bilik ditolak dari luar lalu menampakkan susuk tubuh tinggi milik Namjoon yang masuk dengan tanpa memberi isyarat atau ketukan di pintu. Namjoon duduk di atas kerusi bertentangan dengan aku dengan meja sebagai pemisah kami. Dia menggeleng-geleng tanpa berkata apa-apa.
"Mental ke kau? Masuk lepas tu duduk tiba-tiba geleng dekat aku."
Namjoon menarik kerusinya ke hadapan sedikit lalu menyilangkan tangannya di atas meja dan saling bertindih.
"Kau terlalu strict kau tahu tak?" Tegur Namjoon. Aku membuat muka pelik.
"Strict apa?"
"Kesalahan kecil pun kau suruh betulkan. Biarlah salah tu. Manalah tahu client pun faham. Client tu bukannya kejam sangat sampai tak maafkan kesalahan kecil macam tu." Komen Namjoon memberi nasihat.