"Ma, mianhae."
Omma mengeluh buat kesekian kalinya selesai sahaja menutup pintu rumah. Wajah aku dipandang dengan bermacam perasaan.
"Berhentilah minta maaf. Omma tak salahkan Hanah kalau Hanah nak jaga bayi ni. Mereka pun faham. Bayi itu hak kamu."
Aku menunduk, memandang perut besar aku. Entah sudah berapa kali aku meminta maaf dengan omma sejak keluar dari restoran tadi sampailah ke rumah.
"Tapi mesti mereka kecewa teramat dengan Hanah. Hanah dah bagi mereka harapan."
"Kalau begitu kamu berilah anak kamu kepada mereka, nak?" Soal omma geram. Aku menggeleng. Omma menghampiri aku dan mengusap lembut kepala aku. Dia tersenyum lembut.
"Jangan cakap macam tu lagi. Jagalah anak ini baik-baik."
--------
Rambut yang mengganggu pandangan aku menonton movie di skrin laptop aku kemaskan. Penyepit rambut aku capai lalu menyepit rambut aku itu. Barulah rasa selesa sikit.
Keropok kentang yang terletak di sebelah laptop aku ambil dan menyambung aktiviti mengunyah aku. Bunyi pintu dibuka menyapa pendengaran namun aku tak menoleh. Sudah tentu itu omma.
"Hanah."
"Hm?"
Omma menghampiri aku dan duduk di birai katil. Wajah aku yang masih fokus menghadap laptop di meja belajar dipandang. Ekor mata aku menangkap sebelah tangan omma yang memegang telefon dengan skrin yang masih menyala.
"Omma ada benda nak cakap sikit dengan kamu."
Kali ini aku tolehkan kepala aku menghadap omma. Omma ketawa kecil memandang rambut aku sambil menyentuh sekilas rambut ponytail yang tegak berada di atas kepala aku.
"Apa ini?"
"Apa?" Aku menyoal omma semula dengan dahi yang berkerut. Untuk apa omma menyoal seperti itu sedangkan dia tahu itu apa?
"Dah nak jadi mak budak pun perangai tak matang kamu masih belum berubah." Omma tergeleng sambil meliarkan pandangan ke sekeliling bilik yang agak... Kurang kemas? Bukan apa, aku malas bergerak kerana perut aku yang memboyot. Aku sudah putuskan untuk mengemas bilik ini esok pagi.
Aku menyentuh ponytail di atas kepala aku. Separuh rambut bahagian atas aku ikat dengan gaya ponytail dan ponytail itu betul-betul terletak di atas kepala aku, center. Sebahagian rambut bawah aku biarkan terurai melepasi bahu. Nampak biasa saja, kan? Tak adalah kebudak-budakan sangat. Lagi pun aku suka rambut aku di buat seperti ini. Selesa.
"Apa yang omma nak cakap tadi?" Aku terus mengubah topik yang menjadi motif omma masuk ke bilik aku tadi. Omma menatap aku semual. Riak wajahnya bertukar sayu.
"Omma ada berita tak berapa menyenangkan."
"Apa dia?" Soal aku pantas. Omma suka buat aku curious.
Omma menarik nafas dan mencapai kedua-dua tangan aku lalu digenggam.
"Esok omma kena berlepas ke Beijing. Omma ditukarkan ke sana buat sementara waktu."
"Oh, tak apalah. Hanah okay je. Omma pergi tak lama pu—"
"Omma bertugas dekat sana selama 3 bulan, Hanah."
Aku memandang omma tanpa berkelip. Oh tidak, malapetaka apa ini?
Adakah ini bermaksud aku perlu ikut sama meninggalkan negara ini?
"Hanah ikut ke?"
Omma menggeleng.

YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...