19

6.7K 786 410
                                        


"Apa kau- Apa awak buat kat sini?"

Soalan pertama yang terpacul dari mulut aku sebaik sahaja melihat dia berdiri di muka pintu.

"Cepatlah jawab, teringin juga nak tahu jawapan kamu." sampuk omma seraya berpeluk tubuh disebelah aku. Aku jegilkan mata kearah omma. Kut ya pun tak suka janganlah nampak sangat omma..

"Ma, boleh tak.. bagi kami ruang sekejap?" pinta aku seraya mengusap sebelah lengan aku untuk mengurangkan suasana yang terasa dingin dan kekok ini.

"Err sebenarnya, boleh tak kamu semua bagi kami masa kejap?" soal aku lagi seraya memandang kearah Doktor Jung, Hyeora dan omma.

"B-Boleh. Nampaknya kamu pun ada sesuatu benda nak.. bincang." Doktor Jung senyum kekok lalu menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu. Tiba di muka pintu Doktor Jung berpaling semula. "Kalau dah selesai nanti panggil saya ya?" Aku mengangguk.

"Err.. Aku tunggu kat luar." ujar Hyeora dan melangkah keluar dengan teragak-agak. Tinggal omma sahaja yang belum keluar dari bilik ini.

"Kamu fikir omma nak tinggalkan kamu berdua dekat sini ke lepas apa yang lelaki-tak-guna-tapi-hensem-jilake ni buat dekat kamu?" ujar omma dengan nada sinisnya. Aku menghela nafas dan menatap omma mengharapkan pengertian.

"Omma, kut ya pun tak suka tolonglah hormat tetamu sikit." bisik aku perlahan. Omma gelak sinis.

"Tetamu? Galah ni kamu panggil tetamu?" ujar omma seraya menudingkan jarinya kearah Taehyung. Aku kecilkan mata aku. Omma menghela nafas dengan kasar.

"Omma cuma penat tengok anak kesayangan omma disakiti ditangan lelaki ni. Omma cuma nak bantu kamu sayang." tegas omma. Aku menyentuh lembut tangan omma dan mengusap perlahan. Baru sahaja aku ingin membuka mulut Taehyung terlebih dahulu bersuara.

"Tolong, Puan Lee... Bagi saya jelaskan."

"Yeah 'sepatutnya'. Dah berbulan-bulan kamu diberikan peluang untuk jelaskan semuanya kepada anak saya but instead you dropped her like a hot potato."

Okey dah mula dah speaking dia.

Like daughter like mom?

Aku mengetap bibir menahan geram bila merasakan aura bultaoreune di antara omma dan Taehyung.

"Tapi-"

"Cukup!" Aku mengangkat tangan aku untuk menghentikan perbalahan mereka. Aku beralih kearah omma.

"Omma, Hanah nak bercakap dengan Taehyung. Personal."

Omma mengeluh.

"Okey, tapi kalau dia melebihi batas, omma sepak bontot dia." Omma terus keluar dari bilik meninggalkan aku dan Taehyung. Aku cuma berdiri dan diam. Takkanlah aku yang mulakan sesi soal jawab ni kan? Dia yang beriya nak jumpa aku.

Aku teragak-agak untuk pandang dia dan aku sedar yang dia turut mengalami situasi yang sama dengan aku bila dia asyik menundukkan wajahnya.

"Hanah... aku.."

Aku mengangkat sebelah tapak tangan aku dan hadapkan ke wajahnya menyuruh dia berhenti bersuara. Tiba-tiba hati aku terniat nak sakitkan hati dia.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now