02

9.5K 887 278
                                        

Hanah's POV

Aku melangkah masuk kedalam kelas dengan tangan yang dingin dan berpeluh. Aku melemparkan senyuman kekok kepada semua pelajar yang memandang aku ketika itu. Aku mencari tempat duduk yang kosong dan kebetulan terdapat satu tempat duduk yang kosong yang terletak bersebelahan seorang pelajar perempuan yang sedang ralit menulis nota. Aku mendekatinya.

"Um.. Hai? Mind if I sit here?" Aku menyoal. Perempuan itu mengangkat wajah apabila menyedari kehadiran aku.

"Nah, have a sit sweetie." Aku tersenyum dan melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia meletakkan pennya dan beralih memandang aku. Tangan kanannya dihulurkan.

"Saya Hwang Hyeora."

Aku menyambut hulurannya.

"Hanah Lee."

Hyeora tersenyum manis.

"Nice to know you, Hanah." Suasana kelas yang riuh terus menjadi senyap apabila seorang cikgu lelaki yang kacak dan tinggi memasuki kelas kami.

"Morning class." Kami semua menyahut sapaannya. Cikgu lelaki yang bernama Bogum itu melihat sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada aku.

"Kamu pelajar baru tu kan? Perkenalkan diri kamu kat depan." Aku meneguk liur. Aku tak suka bab bab bercakap kat depan ni.

Nak tak nak aku terpaksa juga berjalan mendekati Cikgu Bogum dan berdiri tepat di sebelah meja guru. Aku pandang sekeliling kelas dan senyum. Aku menundukkan badan aku sekilas.

"Hai saya Hanah Lee. Saya baru berpindah ke daerah ni. Saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya."

"Okey thank you Hanah." Aku mengangguk lalu duduk semula ke tempat duduk aku. Baru sahaja Cikgu Bogum ingin memulakan sesi pembelajaran, tiba-tiba pintu kelas ditolak dari luar. Muncul sesusuk tubuh lelaki tinggi yang kacak. Dia melangkah masuk ke kelas dengan kepala tertunduk kearah Cikgu Bogum.

"Kim Taehyung you're late again."

"Sorry sir." Cikgu Bogum mula membebel. Dapat aku lihat lelaki yang bernama Taehyung itu menjulingkan matanya ke atas. Dia pandang sekeliling kelas dan tanpa sengaja pandangannya bertemu dengan aku. Dia pandang aku lama dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Aku pura-pura membaca buku di tangan aku. Dahi aku berpeluh. Jantung aku berdegup laju. Whats wrong with me haish.

Aku mencuri pandang kearah Taehyung semula. Dia masih memandang aku tapi terus cepat-cepat mengalihkan pandangannya kearah lain. Kolar bajunya dibetulkan dan aku sedar sesuatu.

Ada hickey di leher dia.

Dah sah sah dia ni budak tak baik.

Apabila Cikgu Bogum selesai dengan sesi bebelannya, dia hanya mengangguk dan terus mengambil tempat duduk. Cikgu Bogum menggeleng.

"Hanah, takpe kan kalau saya guna kau-aku?" Aku menoleh kearah Hyeora lalu mengangguk.

"By the way, taknak join party malam ni?" soal Hyeora. Aku kerutkan dahi.

"Party apa?"

"Jennie nak buat party kat rumah dia malam ni. Jomlah join sekali." Aku berfikir sejenak. Aku bukannya tak pernah pergi party tapi ini terlalu awal. Aku baru je berkenalan dengan dia dan dia dah ajak aku pergi party.

"Takpe ke?"

Hyeora tergelak kecil dan menggeleng.

"Takpe. Party tu memang terbuka pun."

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now