since ramai yang tanya bila ff ni akan habis, oh yeah ff ni akan habis tak lama lagi jangan risau. dalam chapter 50 atau lebih mungkin? atau pun mungkin tak sampai 50? 😂
anis pun malas nak buat chapter panjang berjela bila masa makin suntuk untuk persediaan spm ni hiks. storyline ff ni pun dah tersasar dari yg anis rancang 😂
kalau ada yang nak season 2 anis akan pertimbangkan ;)) tu pun kalau ada yang nak lah 😂
----------------
Taehyung's POV
Aku cuma memerhatikan Hanah yang sedang memegang anak Jimin dan Hyeora itu. Entah kenapa aku rasa... lain.
Maksud aku, bukan perasaan jatuh cinta atau apa. Semestinya tak. Aku dah pernah cakap yang aku tak ada apa-apa perasaan lagi dekat dia. Tetapi melihatnya sebegini, sambil mendukung bayi dan wajahnya jelas terpancar dia gembira dapat menyentuh bayi itu, aku rasa gembira. Aku cuba membayangkan seandainya bayi yang dipegangnya itu anaknya sendiri.
Aku membuang pandangan aku ke arah lain. Aku tak boleh melihatnya sebegitu. Aku rasa kasihan. Rasa bersalah kembali menghantui diri.
"Taehyung, dari tadi kau pandang anak aku macam nak telan. Kau pun nak pegang ke?" Soalan Jimin membuatkan aku menoleh dengan mata yang membesar. Hey... Bila masa aku pandang? Aku dah pandang tempat lain, kan? What the...
Sempat aku menangkap sengihan dari bibir Jimin sebelum dia mengalihkan Nahyun dari dukungan Hanah ke dalam dukungan aku. Terpaksa aku biarkan sahaja perbuatan Jimin. Aku melihat Nahyun yang kali ini lebih jelas di pandangan berbanding tadi.
Dia sungguh... comel. Ya tuhan.
Entah ini cuma kerana aku terbawa imaginasi atau apa, tetapi mata bayi ini kelihatan begitu serupa dengan aku kecuali bulu matanya yang melentik itu. Aku tak bosan melihatnya dan berterusan memerhati wajahnya tanpa jemu. Nahyun betul-betul mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Perlahan-lahan hujung bibir aku ternaik mengukir senyuman. Tanpa dapat aku tahan, aku mengucup pipi lembutnya. Aku juga tidak tahu sejak bila aku begitu menyukai bayi sehingga berkelakuan seperti ini.
"Anak siapa ni? Comelnyaaaa.." Satu suara halus menegur di sebelah aku. Aku mengangkat wajah dan tersenyum pada Yoojung.
"Anak Jimin. Comel, kan?" Kata aku. Yoojung memandang sekilas ke arah Jimin sebelum melihat bayi di dalam dukungan aku. Dia mengangguk bersama senyuman.
"Ya."
"Sayang nak pegang?" Lambat-lambat Yoojung mengangguk. Dia mengambil Nahyun di tangan aku. Habis pipi Nahyun dicium berkali-kali. Aku cuma tersenyum. Yoojung sangat sukakan baby.
"Sabarlah. Nanti kita buat baby kita ya." Yoojung membulatkan matanya sebelum menjegilkan matanya itu ke arah aku. Aku tergelak kecil.
-------------------
Hanah's POV
Akhirnya kami tiba di Maldives. Cuaca yang lebih panas di sini membuatkan kami memilih untuk memakai pakaian yang lebih terdedah. Aku bukan seorang yang gemar memakai pakaian yang mendedahkan bahagian tubuh aku tapi ya... Rasanya pakaian aku ni taklah teruk sangat. Masih boleh dikatakan sopan.
Rasanya tak banyak yang perlu aku ceritakan di Maldives, hanya sekali sekala kami keluar itu pun sekejap sahaja. Selebihnya kami habiskan masa dengan sesi penggambaran bertemakan 'summer'. Masih ingat isteri Jimin yang aku jumpa di Korea hari itu? Ternyata dia juga mengikuti kami sepanjang photoshoot-session ini sehingga di Cambridge nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/102398899-288-k505522.jpg)
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...