Hanah's POV
Aku tidak menyangka sudah 3 bulan usia perkahwinan aku dan Baekhyun. Tiada apa-apa masalah yang kami hadapi. Kami selalu bersatu hati apabila saling memberikan pendapat dan aku suka cara dia melayan aku.
Dia terlalu baik.
Aku tahu dulu dia pernah melakukan kesalahan dengan berhubungan dengan Yeonji di belakang Taehyung. Tetapi itu dahulu. Orang cepat berubah. Begitu juga dengan aku.
Mungkin dulu aku terlalu cintakan Taehyung, tetapi tidak sekarang. Hati aku sudah terbuka untuk Baekhyun dan ya, aku cintakan dia. Dia suami aku dan aku harus mencintai suami aku bukan?
Taehyung. Tidak tahu apa khabar lelaki itu ketika ini. Selepas dia pulang meninggalkan majlis perkahwinan kami, kami terus kehilangan jejak dia. Dalam group chat juga Taehyung tidak pernah memunculkan diri. Hanya 2 bulan pertama dia sering 'seen' dan selepas itu nombornya tidak wujud lagi. Maksud aku, dia menukar dengan nombor baru.
Pedulikan. Mungkin dia juga sudah menemui hala tujunya sendiri. Memang sudah aku agak dari awal yang kami tidak mempunyai jodoh. Aku tidak menyalahkan takdir malah aku bersyukur kerana ditakdirkan berkahwin dengan Baekhyun.
Aku teringat sewaktu aku keguguran. Bayi aku meninggal di dalam kandungan kerana lambat dilahirkan. Aku tidak menyalahkan siapa-siapa. Aku sudah katakan, ini semua takdir. Baekhyun yang selalu melawat aku di hospital dan tidak henti memberikan kata-kata semangat agar aku boleh teruskan hidup. Dia tempat aku meluahkan segalanya. Dia seorang yang memahami.
Dan ketika dia melamar aku, sebenarnya aku tidak tahu ingin membalas apa. Tetapi memikirkan tentang masa depan aku, akhirnya aku terima dia. Siapa lagi yang sudi terima kekurangan aku selain dia? Lagipula, Taehyung sudah melepaskan tanggungjawabnya kepada aku sejurus sahaja anak kami meninggal. Tidak mungkin dia akan mengahwini aku.
Aku dapat lihat ketulusan Baekhyun ketika melamar aku sehingga dia menangis. Dia ingin menjaga aku semampu yang dia boleh. Dia ingin bahagiakan aku. Dia tidak sanggup melihat aku cukup terseksa ketika hidup bersama Taehyung.
Taehyung tidak menyeksa aku dari segi fizikal tetapi dia menyeksa aku dari segi mental. Dia terlalu ego. Dia suka buat aku terleka dengan perasaan aku sendiri dengan memikirkan bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Aku yang terlalu bodoh untuk jatuh cinta dengan orang seperti dia.
Psh. Kenapa aku perlu ingat semula semua itu?
"Cantiknya sayang lukis—"
"Eh!" Kerana terperanjat dengan kehadiran Baekhyun secara mengejut di sebelah aku, tanpa sengaja cat lukisan yang terletak berhampiran dengan lengan aku tertolak sehingga tumpah di atas lukisan yang aku lakar sejak tadi. Wajah aku berubah masam ketika melihat tumpahan cat itu membasahi lukisan aku.
"Tengok apa awak dah buat!" Kata aku dengan dahi yang berkerut. Mata aku terasa berair. Bayangkan, lukisan yang 93% selesai lesap begitu sahaja dalam sekelip mata.
"Kenapa pula saya? Awak yang tumpahkan." Balas Baekhyun dengan riak tidak rasa bersalahnya. Aku mengetap bibir yang sudah bergetar. Entah kenapa aku begitu mudah terasa hati dengan orang sejak kebelakangan ini.
Tanpa membalas kata-kata Baekhyun aku terus mengangkat punggung dan berlalu dari situ menuju ke bilik tidur. Badan aku hempas ke atas katil dengan keadaan meniarap lalu menekup wajah aku dengan bantal. Bunyi pintu ditolak dari luar aku endahkan. Lupa pula nak kunci pintu tadi.
"Nangis ke? Takkan itu pun nak nangis?"
Aku hiraukan pertanyaan Baekhyun dan kekal senyap dalam posisi asal aku. Sejak bila airmata aku mengalir pun aku tidak tahu. Sedar-sedar sahaja bantal yang menekup wajah aku sudah basah dengan airmata.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)