33

5.1K 738 541
                                        

Taehyung's POV


Bodoh. Bodoh. Bodoh. Bodoh. Bodoh.

Kim Taehyung bodoh.

Aku tak berhenti dari salahkan diri sendiri selepas menerima panggilan dari Hanah. Walaupun dia tidak mengeluarkan suara, tetapi aku tahu dia memerlukan bantuan ketika itu.

Bunyi mencurigakan yang aku dengar dari panggilan membuatkan aku bertambah risau. Adakah Hanah mencederakan dirinya sendiri? Atau dia ada terjatuh dimana-mana? Atau ada perkara lain lagi yang berlaku selain itu?

Aku sudah tidak peduli dengan kelajuan kereta yang aku bawa. Yang penting niat aku untuk sampai ke rumah secepatnya itu tercapai. Hati aku dilanda rasa bersalah dan menyesal sejak tadi.

Aku akui, aku tinggalkan dia sendirian di rumah itu kerana masih terbawa emosi semalam. Aku ego. Sepatutnya aku yang minta maaf. Sepatutnya aku faham dia perlukan hiburan bersama sahabatnya. Sepatutnya aku faham yang dia tak sengaja terserempak dengan Baekhyun. Aku tahu mereka cuma terserempak tanpa sengaja, tetapi aku begitu marah kerana aku tahu Baekhyun dan Hanah masih saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Hyeora juga sudah menghantar mesej kepada aku dengan menjelaskan apa yang berlaku. Mungkin Hanah yang mengadu kepadanya sehingga dia mengetahui masalah kami.

Begitu lama aku mengelamun meratapi penyesalan aku sehinggalah aku tiba di hadapan rumah. Dahi aku berkerut seketika apabila melihat beberapa buah kereta milik polis sedang berhenti di hadapan rumah malah ada beberapa anggota polis yang masuk kedalam rumah aku. Apa yang terjadi ni? Aku ada lakukan jenayah lagi? Seingat aku tiada. Aku tidak lagi melakukan jenayah sebaik sahaja aku dan Hanah tinggal di sini.

Aku keluar dari kereta lalu mendekati anggota polis yang sedang membincangkan sesuatu. Menyedari kehadiran aku, mereka serentak menoleh.

"Tuan muda." Mereka menunduk hormat sekilas. Aku turut memberikan tunduk hormat. Mereka mengenali aku aku sebagai anak daripada pengurus syarikat terbesar di Seoul tetapi aku juga dikenali dengan rekod jenayah yang boleh tahan banyak. Tidaklah rekod jenayah yang teruk, setakat membuat kacau sahaja di tempat orang. Aku juga sedikit pelik apabila mereka masih menghormati aku dengan memanggil aku 'tuan muda' walhal orang seperti aku tidak patut dihormat. Heol.

"Ada apa ni?" Soal aku curiga.

"Kami dapati rumah tuan muda dimasuki oleh beberapa orang penceroboh yang sengaja mengkucar-kacirkan keadaan rumah tuan. Suspek berjaya melarikan diri tetapi kami sudah mendapatkan beberapa bahan bukti untuk mengenalpasti semula suspek tersebut." Jelas Inspektor Ming. Mata aku membulat seketika. Hanah—

"Tuan ada nampak tak perempuan mengandung dalam rumah ni?" Soal aku.

"Cik Hanah sudah dilarikan ke hospital bersama dua orang sahabatnya. Kami temui dia di bilik air dan menyorok didalam almari dalam keadaan tidak sedarkan diri. Cik Hanah mengalami pendarahan yang teruk dan dia hampir sahaja melahirkan bayi yang dikandungnya disitu."

Ingin sahaja aku menghentakkan kepala ke atas lantai simen ketika ini. Begitu bodoh aku meninggalkan Hanah bersendirian di rumah dalam keadaan dia menunggu hari untuk melahirkan anak kami. Mungkin kata-kata yang dilontarkan oleh Hanah pagi tadi merupakan salah satu petanda bahawa sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Tolong jangan tinggalkan saya... dan anak kita."

Kau bodoh, Taehyung.

-----------

Aku terpaksa menebalkan muka aku hanya untuk bertemu dengan Hanah. Aku tahu sebentar lagi aku akan menerima cacian dan kata-kata kesat dari sesiapa sahaja yang mengenali aku.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now