30

5.1K 732 165
                                        

"Tak baik cakap macam tu dekat appa kau. Dia terasa hati kau tahu tak?"

Aku merengus kecil dan mengalihkan bantal dari muka aku. Taehyung yang duduk di birai katil aku pandang tajam.

"Saya nak back up awak, awak tak reti berterima kasih ke?" Balas aku sinis. Taehyung melepaskan keluhan.

"Cara kau bercakap tadi tak sopan. Kau tak hormat dia langsung sebagai appa kau. Past is past. Aku yakin dia ada sebab tersendiri untuk tinggalkan kau selama 19 tahun tu."  Kata Taehyung yang bagaikan menyebelahi appa. Ha, padanlah tu. Dua-dua sekepala, tahu mengandungkan anak dara orang lepas tu pergi macam itu sahaja. Touch and go.

Aku bangkit dari katil dan membaling bantal di tangan aku kearah dadanya.

"Apa masalah awak sebenarnya? Kenapa awak nak sebelahkan appa saya? Sebab awak pun sama macam dia, kan? Oh, saya baru sedar. Awak pun akan tinggalkan saya macam appa tinggalkan omma saya. Betul, kan?" Balas aku dengan nada menyindir. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menahan rasa sebak di dada aku apabila mengingati hal itu. Ya, Taehyung juga akan meninggalkan aku nanti. Jadi apa bezanya dia dengan appa?

"Hanah." Taehyung tak mampu membalas setiap ayat pedas aku. Aku yang mengeluarkan ayat tersebut juga turut merasai ketajaman ayat-ayat itu menusuk ke jiwa. Biarkan. Memang patut aku lontarkan ayat itu kepadanya.

"Berhenti layan saya dengan baik. Awak buat saya berharap, Kim Taehyung."


----------


Entah sudah berapa jam sejak berlaku perang dingin di antara aku dan Taehyung. Sejurus sahaja aku mengucapkan kalimat terakhir itu, Taehyung terus meninggalkan aku tanpa sepatah kata.

Aku menatap jam digital yang terletak elok di atas meja belajar aku. Mata aku terbeliak apabila melihat jam digital itu menunjukkan angka 22:46 p.m.

Sudah hampir jam 11, tetapi kelibat Taehyung mahupun derapan tapak kakinya di luar masih tidak kedengaran dan terlihat. Kali terakhir sebelum dia keluar dari rumah ini petang tadi, aku terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan dan di bawa pergi. Entah ke mana hala tuju Taehyung sehingga dia menghabiskan masa di luar sampailah lewat malam begini.

Hujan yang turun sejak pukul 7 tadi juga masih belum reda. Sekejap lebat, sekejap reda, dan sekarang ia menjadi lebat semula. Aku risaukan Taehyung. Macam mana kalau dia mengenderai kereta melebihi had laju pada waktu hujan begini?

Ya tuhan, selamatkanlah dia.

Tingtong.

Hampir sahaja aku melompat dari katil apabila terdengar bunyi loceng rumah. Apabila memikirkan keselamatan kandungan aku, aku bangkit dari katil dan berjalan dengan berhati-hati.

"Sekejap!" Laung aku yang entah didengari atau tidak oleh orang yang berada di luar rumah.

Aku membuka pintu utama yang besarnya satu setengah kali ganda lebih besar daripada saiz tubuh aku. Mata aku membuntang sebaik sahaja melihat lembaga yang berdiri di hadapan aku dengan keadaan tubuh badannya basah kuyup. Sudah gila atau apa Taehyung bermain hujan lewat malam?

"Taehyung, kenapa basah ni? Kereta awak mana?" Soal aku apabila menyedari kereta Audi miliknya tiada di perkarangan rumah. Wajahnya mendung semendung-mendungnya berbanding langit mendung yang aku lihat petang tadi.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now