23

5.8K 687 193
                                        

ekceli aku nak tulis sampai 5K words tapi tak larat huwaa aku demam ni fahamilah aku mampu buat sampai 3K setengah aje

dan mood aku swing sebab ada minah singaporean gi peluk taetae aku semalam dan yang biadapnya taetae gi peluk dia balik ha ha ha ha ha ha relaks sheya tak marah em 💩

oh ya maafkan saya juga kalau penulisan ke laut, mood tak menentu masa tulis ni pastu mengantuk lagi em kbye


----------



Aku dapat rasakan darah aku mendidih dan naik ke wajah aku apabila melihat senyuman mengejek di bibir Yeonji.

Betulkah perkataan yang baru sahaja aku dengar dari mulutnya?

Adakah ini suatu gurauan?

"Kenapa ni? Dah bisu?" Soal Yeonji dengan muka tidak bersalahnya. Aku menggenggam penumbuk. Ikutkan hati mahu sahaja aku menumbuk wajahnya yang kelihatan naif itu. Aku sudah mencuba untuk membalas setiap sindirannya tetapi bibir aku terasa seperti berat untuk bergerak dan akhirnya aku memutuskan untuk berdiam diri sahaja.

Aku cuba berfikiran positif.

Mungkin mulut aku terlalu suci untuk membalas setiap kata-kata dari perempuan yang penuh dengan muslihat kotor sepertinya.

Tekak aku terasa kering. Baru sahaja aku mahu membalas, Hyeora sudah memotong.

"Kau keluar sekarang."

"Kau ingat aku akan ikut cakap kau?" Yeonji mendecit. Anak aku bergetar dan entah kenapa kaki aku tiba-tiba sahaja terasa longlai apabila mengingat semula kata-katanya sebentar tadi.

"Kau mengandung?" Gumam aku perlahan. Tetapi telinga lintah seperti Yeonji mesti sahaja mendengar setiap kata-kata aku meskipun suara aku bagaikan angin lembut yang bertiup. Yeonji tersenyum bangga.

"Ya. Dan aku ada pesanan sikit untuk kau."

Aku diam menunggu dia menyambung kata-katanya.

"Taehyung dan aku tak sabar untuk menantikan kelahiran bayi kami. Jadi aku tak nak kau ganggu kebahagiaan kami mulai sekarang. Oh tak lupa juga, keluarga Taehyung dah rancang majlis perkahwinan kami. Keluarga dia sukakan aku."

Setiap kata-katanya bagaikan mengejek aku. Ya, aku tahu fakta bahawa keluarga Taehyung sukakan Yeonji. Tapi mereka tidak pernah perasankah perangai sebenar Yeonbitch ini?

"Taehyung ada cakap dengan aku yang dia tak berapa sukakan layanan kau di atas katil. Aku sangat bersyukur sebab dia tak merungut tentang cara layanan aku, maknanya aku pandai melayan dia."

Dia cakap memang tak ada tapis ke apa? Aku tak nak anak dalam kandungan aku dengar perkataan kotor yang keluar dari mulut Yeonji.

"Dia langsung tak kisahkan kau dan benda yang ada disebalik baju kau tu. Lagi pun dia tengok kau boleh jaga diri sendiri jadi dia tak perlu susahkan diri dia untuk berlakon yang dia bertanggungjawab ke atas kau." 

Aku sangkakan Yeonbitch ini sudah habis menyampaikan segmen sesi kongsi cerita dia dengan aku rupanya tak. Hyeora yang memang sudah berapi-api sejak awal kedatangan Yeonji ke sini tidak dapat menahan amarahnya lagi.

"KAU KELUAR SEKARANG, YEONJI!"

"Okay, okay, relaks. Tak perlu halau aku, aku memang nak keluar dari sini."

Cakap sahaja lebih. Padahal sekiranya Hyeora tidak menghalaunya, mesti sekarang dia masih berdiri di sini dengan tidak tahu malunya dan terus-terusan menyindir aku.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now