Aku kawal riak wajah aku supaya tak nampak macam aku kecewa sangat dengan apa yang aku dengar. Haritu Taehyung, sekarang Baekhyun.
Tch. Kenapa aku ingat dekat lelaki gila seks tu lagi.
Aku... Entahlah.
Aku berharap sangat yang aku diberi peluang untuk bersama Baekhyun.
Tapi Baekhyun tak bodoh nak terima perempuan yang mengandungkan anak lelaki lain untuk jadi teman wanita dia.
Pleaselah, tanya dekat mana-mana lelaki pun tak ada lelaki yang nak terima perempuan yang buntingkan anak orang. Dekat tv tu semua drama belaka.
Ha ha ha.
Aku kena hentikan diri aku dari bercakap dengan diri sendiri sekarang. Tapi aku jadi kekok bila Baekhyun pandang aku dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan. Mungkin dia segan sebab bagitahu yang dia dah ada teman wanita.
Aku tahu kenapa girlfriend baru Baekhyun ni nampak macam menyampah dengan situasi sekarang. Yang Baekhyun ni pun satu, tak boleh nak pandang tempat lain ke selain aku?
"Baekkie, kita kena masuk. Nanti kita tertinggal preview movie tu."
Dari muka dia aku rasa perempuan ni lagi tua dari Baekhyun. Taste Baekhyun kot perempuan tua dari dia ni.
Well, dia cantik dan mempunyai wajah yang cukup sempurna dari semua sudut. Jadi tak berapa nak nampak sangat yang dia terlalu tua untuk jadi teman wanita Baekhyun.
"O-Oh ya. Nanti kita ketinggalan preview tu." Baekhyun mengusap belakang tengkuknya. Dia menarik nafas dan menghembus kecil.
Aku ketawa kecil bila dia cakap macam tu dekat Taeyeon. God, he was so cute.
"Saya, uh... jumpa awak lagi, Hanah."
"Yeah, see you." Aku senyum kecil. Baekhyun dan Taeyeon terus berlalu meninggalkan aku.
So, there I was.
Ditinggalkan sendirian untuk redakan rasa segan dan penyesalan aku.
Aku mengaku yang aku banyak berfikir tentang Baekhyun dari semasa ke semasa. Tapi ini semua hanya sementara disebabkan penyesalan dan kesedihan aku tentang bagaimana ini semua berakhir. Semua berakhir disini.
"Holy shiteu, aku macam nampak Baekhyun lalu tadi." Hyeora yang datang kearah aku terus bersuara. Aku agak terkejut juga. Yelah, datang-datang mencarut ei budak zaman sekarang ni.
Hm, stop.
"Err, yeah.. Dia ada tadi."
"Kau ada bercakap dengan dia?" soal Hyeora. Aku mengangguk.
"Siapa perempuan yang jalan dengan Baekhyun tu tadi?" soal Hyeora lagi. Aku mengeluh, "Girlfriend dia."
Aku dapat baca ada riak hampa dari wajah Hyeora. Bukan dia yang hampa tapi sebenarnya dia hampa untuk aku sebab dia tahu aku berharap dekat Baekhyun.
"Tapi aku pelik, sebelum ada kau, dia tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan atau tunjukkan yang dia berminat dekat perempuan. Dia lelaki yang semua perempuan idamkan, tapi susah untuk perempuan dapatkan." kata Hyeora mengemukakan pendapatnya.
"Kau perempuan pertama yang dia berani ajak keluar." Aku menjulingkan mata aku ke atas. Kata-kata Hyeora seolah-olah yang dia nak aku tak putus asa untuk berharap dekat Baekhyun.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fiksi Penggemar"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)