Taehyung's POV
Sengaja aku melambatkan pergerakan tangan aku membutangkan butang kemeja. Kalau boleh biarlah aku tidak menghadiri majlis itu langsung. Bayangkan, apa perasaan kau bila orang yang kau sayang berkahwin dengan orang yang pernah menjadi sahabat baik kau.
Psh, adakah aku baru sahaja mengatakan bahawa aku menyayangi dia?
Sungguh kelakar. Bagi aku.
"Taehyung, cepatlah. Nanti kita terlambat." Suara Jimin menyapa pendengaran aku. Ada beberapa rakan aku turut menghadiri majlis tersebut. Namun aku tidak mengajak Yeonji kerana aku tahu akan berlaku kekecohan sekiranya dia turut ada sama.
Aku mengangguk perlahan lalu menyarungkan kot tuxedo aku. Rambut yang menutupi dahi aku kemaskan sebelum berpaling dan menapak kearah Jimin yang sedia menunggu aku.
Aku perasan Jimin asyik memandang aku bagai ada beribu soalan yang ingin dia tanyakan namun tiada satu soalan pun yang keluar dari mulutnya.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal aku sengaja buat tidak tahu. Dia tergelak lalu menggeleng kecil.
"Kau kacak." Aku membuat muka geli sebelum memasuki perut kereta. Jungkook, Hoseok dan Namjoon sudah terlebih dahulu bertolak ke Daegu. Sengaja aku menyuruh Jimin untuk tinggal disini agar ada yang menemani sepanjang perjalanan aku ke Daegu.
Enjin kereta aku hidupkan lalu mengenderai kereta keluar dari kawasan perkarangan rumah. Hanya kesunyian yang memenuhi ruang kereta ketika ini. Aku menjadi sedikit pelik. Selalunya ada sahaja topik yang dibualkan oleh Jimin walaupun perkara itu tidak penting untuk diceritakan. Namun kali ini dia senyap tanpa suara.
"Kau gaduh dengan Hyeora ke?" Soal aku seraya memandang Jimin di tempat duduk sebelah pemandu sekilas. Jimin turut menoleh. Dia menggeleng laju.
"Taklah."
"Habis kenapa senyap je? Selalunya mulut kau jenis tak tahu cara untuk diam."
Kening Jimin bertaut. Dia menunduk memandang tangannya yang saling bertindih di atas paha. Jari-jari pendeknya dipandang. Um, kenapa aku rasa dia akan tanya bila kau nak sarung cincin dekat jari aku? Erk, seram.
"Aku cuma pelik... Kau tetap hadir majlis perkahwinan Baekhyun."
"Apa yang pelik?" Soal aku tanpa memandangnya. Mata aku arahkan tepat ke depan memandang jalan raya.
"Aku bukannya tak tahu hubungan kau dengan Baekhyun tu tak baik sikit. Dan... Kau tak kisah langsung yang pasangan Baekhyun tu, Hanah." Jimin berkata dengan nada tersekat-sekat. Risau aku akan terasa dengan kata-katanya mungkin. Aku kekalkan riak wajah tenang aku.
"Kau betul-betul tak jatuh cinta dengan Hanah lepas tinggal serumah dengan dia?" Soal Jimin terus terang. Aku menarik senyuman senget. Berusaha mengawal riak wajah aku.
"Aku tak boleh halang dia nak kahwin dengan siapa lepas apa yang dah aku buat dekat dia. Aku perlu lupakan semua perasaan tu mulai sekarang. Dia layak untuk bahagia, Jimin."
---------
Aku menatap kosong acara yang berlaku di depan mata aku sekarang. Entah apa yang patut aku rasakan. Hati aku betul-betul mati. Tiada perasaan sedih, gembira atau marah yang hadir. Cuma kosong.
Mata aku terarah kearah susuk tubuh yang berdiri di atas altar bersama seorang paderi. Kemudian mata aku beralih pula kearah orang yang sedang berjalan di atas karpet merah itu. Dia sedang merangkul lengan appanya. Di tangannya terdapat sejambak bunga ros putih bercampur merah. Dia sungguh... cantik.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)