Lepas sahaja peristiwa hari itu, hubungan aku dan Taehyung semakin membaik walaupun ada sedikit kekok. Hari ini aku cuma duduk diam di rumah. Tak, bukan hari ini saja. Mungkin sampai sebulan lebih? Selepas aku mengadu perut aku sakit sewaktu dalam kelas dan Taehyung mengetahui perkara itu, dia terus bergegas memohonkan cuti untuk aku kepada Principal Lim.
Dan ya, aku bersendirian di sini. Pft, sedihnya hidup.
Aku habiskan masa aku dengan melayari laman Instagram, Twitter, Facebook dan sebagainya yang sudah lama terbiar. Selepas itu, Youtube pula yang menjadi mangsa aku. Entah kenapa otak aku menggila dan mencari filem gay yang menarik perhatian aku lalu menontonnya. Mungkin kerana hormon mengandung aku jadi sebegini. Semoga sahaja anak aku tidak terjangkit untuk bercinta dengan sesama jantina nanti.
Begitulah rutin aku seharian dari pagi sampai ke petang sehinggalah Taehyung pulang dari kampus. Keesokannya juga begitu. Namun apabila tiba di hari yang ketiga, aku sudah tidak tahan sama sekali untuk berkurung dirumah. Siapa sahaja yang tahan tidak berjalan kemana-mana dan berkurung keseorangan dirumah? Mahu mental aku dibuatnya.
Jari aku yang sibuk menekan yang entah apa-apa di atas skrin aku tujukan ke aplikasi Whatsapp. Aku mencari nama Hyeora lalu menekan perbualan terakhir kami malam semalam. Ruang kosong untuk menaip mesej itu aku tekan dan mula menaip disitu.
Hyeoraaaaaaaaa.
Doubletick. Mungkin dia masih dekat kela– Okay, bluetick. Aku suka kawan cepat balas chat ni.
Hyeora:
Apa kau nak?
Aku bosan 😩 Keluar jom? Lepas kau habis kelas.
Hyeora:
Aku ponteng kelas hari ni.
Hyeora:
Kau tunggu dekat mana? Atau nak aku ambilkan?
Gila. Test nak dekat kau boleh ponteng kelas lagi.
Ambil aku. Aku tak larat nak jalan pergi bus stop. Aku send location.
Jangan bagitau Taehyung tau. Dia tak suruh aku bagitau sesiapa pasal alamat rumah ni.
Hyeora:
Yelah, gendut.
Yes, dapat keluar. Aku rasa Taehyung balik lewat hari ni memandangkan dia ada bagitahu aku pasal kelas dia akan berlangsung selama 3 jam lepas lunch. Maknanya aku tak perlu risau untuk keluar tanpa pengetahuan dia. Kalau aku bagitahu pun, mesti dia tak benarkan. Jadi lebih baik aku keluar tanpa pengetahuannya.
Tepat selepas aku selesai bersiap, enjin kereta Hyeora kedengaran di bawah. Aku bergegas turun dan menuju kedalam kereta Hyeora lalu keluar dari perkarangan rumah. Tidak mahu melengahkan masa untuk bersiar-siar kerana 5 jam itu tidak akan terasa betapa cepat waktu itu berjalan.
Mood aku keluar hari ini bukan untuk shopping. Entah, tiba-tiba sahaja minat aku untuk shopping itu hilang diganti dengan mood makan dan menonton wayang. Hyeora layankan sahaja perangai aku memandangkan aku gunakan hormon mengandung sebagai alasan utama aku berbuat sedemikian.
Bukan setakat makan dan menonton wayang sahaja, malah aku turut mengajak Hyeora untuk bermain permainan di playground Happy Joy. Hyeora tidak berhenti membebel dengan perangai kebudak-budakan aku. Siapa kisah? Asalkan aku bahagia gitew.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Hayran Kurgu"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)