"Every girl wants a bad boy who will be good just for her."
Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Larikan diri?
Ya tuhan, apa yang lelaki ini sedang bicarakan? Aku langsung tak faham. Apa salah aku? Bila masa aku larikan diri?
Dan tadi, aku dengar dia sebut nama Jungkook dan seorang lagi nama lelaki yang aku langsung tak kenal. Aku boleh fikir yang dia mungkin tersalah orang atau apa tapi selepas mendengar nama Jungkook aku tahu orang ini pasti mengenali diri Jungkook... dan juga aku.
Wajahnya tegang. Dia kelihatan seperti menahan amarahnya. Aku masih menayangkan reaksi wajah yang betul-betul tak faham dengan apa yang sedang berlaku.
"Tuan, saya minta maaf—"
"Tak cukup dengan tinggalkan aku, sekarang kau tinggalkan Baekhyun pula? Sebab apa kali ini? Baekhyun pun tak sengaja bunuh anak dia macam yang aku buat dulu?"
Mata aku membulat. Aku betul-betul tersentak. Buat seketika pandangan aku kelihatan berpinar. Mungkin kesan daripada serangan yang Taehyung kenakan secara bertubi-tubi membuatkan aku terasa ingin pitam.
"Tuan, minta maaf. Saya betul-betul tak faham apa yang Tuan marah sangat dekat saya. Saya tak kenal Tuan. Saya langsung tak tahu apa yang Tuan sedangkan cakap sekarang dengan saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak tahu apa-apa." Aku menjawab bertubi-tubi agar dia memahami kekeliruan aku.
Aku menyedari Taehyung menatap aku untuk beberapa saat. Sepertinya dia sedang cuba memproses ayat yang aku lontarkan tadi. Baru sahaja mulutnya terbuka untuk membalas kata-kata aku, pintu yang dibuka mengejut dari luar menghentikan dia berbuat demikian.
"Hanah, tunang awak datang!" Sergah Yoojung dengan wajah cerianya tanpa menyedari apa yang baru sahaja berlaku.
Apa pula kali ini? Bila masa aku ada tunang?
Aku mencuri pandang lelaki yang turut sama ada di belakang Yoojung. Jungkook?
Mesti dia cakap yang bukan-bukan dekat Yoojung sehingga Yoojung mengatakan dia tunang aku. Awas kau, Jungkook!
"Tunang awak kata dia datang sebab awak ada bagitahu dia pasal offer saya semalam. Dia nak bincang dengan awak dan saya sekali termasuk suami saya." Sebut pasal suami, aku terus melihat kearah suaminya yang berdiri diam tanpa memberikan respon apa-apa. Matanya tertuju ke arah pintu di mana tempat Jungkook sedang berdiri di situ. Dan aku baru menyedari kedua-dua lelaki ini saling berpandangan dengan riak wajah masing-masing yang jelas terkejut dengan pertemuan mereka. Sepertinya mereka pernah bertemu sebelum ini.
"Uhm, Encik Jungkook? Kenapa berdiri dekat situ? Takkan awak pun terpaku tengok suami saya hahahaha." Kata Yoojung bergurau. Jungkook tersenyum kecil. Dia menggeleng kecil.
"Saya rasa saya kenal suami awak. Sebab itu saya cuba cam dia." Balas Jungkook seraya memandang semula ke arah Taehyung yang masih membalas pandangannya dengan dingin. Jungkook melarikan pandangannya ke arah aku. Aku hanya membalas tatapannya. Aku rasa dia seperti cuba memberitahu aku sesuatu melalui pandangan itu tetapi aku tidak dapat memahaminya.