14

6.4K 807 351
                                    

Aku tak tahu nak rasa apa.

Sedih, kecewa, marah.

Tapi lebih kepada malu.

Gilalah siapa tak malu kot berita pasal dia mengandung disebarkan secara meluas macam ni? Aku betul-betul rasa nak mencarut sekarang tapi aku kena tahan diri aku dari mencarut. Kang tak pasal-pasal kuasa carutan aku jatuh dekat anak aku. Mulut jadi celupar budak-budak lagi dah terror mencarut mengalahkan orang tua macam anak jiran sebelah rumah aku.

"Itu perempuan tu kan? Ei, nampak je muka alim tak sangka dah rosak."

Middle-finger-for-yah

Aku tak tahan dengar bisikan seton yang entah mana terlepas bulan puasa ni mungkin dia kena reject dari diikat sebab seton tiruan. Seton tak berkualiti.

Aku gerakkan kaki aku masuk kedalam kolej dan mencari mana-mana tempat untuk aku bersendirian yang boleh buat aku tenang. Tandas. Jangan gelak okey sini je tempat yang tak ada orang so memang tempat ni tenang. Lagipun tandas kolej ni dijaga dengan baik. Harum yall.

Aku pandang pantulan diri aku di cermin. Inilah dia. Inilah dia wajah perempuan yang kini dimaki dan diumpat teruk diluar sana.

Perempuan rosak.

Heol. Tak sangka dapat gelaran yang limited untuk perempuan di luar sana.

Hidung aku pedih. Tak. Aku tak akan nangis kali ni. Cukup-cukuplah aku dah menangis teruk hari tu sebab Taehyung langsung tak kisah lepas aku bagitahu dia aku mengandung. Semalaman aku menangis sebab dia. Tch. Useless.

Aku rasa Taehyung akan benci aku semula lepas ni. Dengan berita yang tersebar ni mesti dia marah dekat aku. Mesti dia akan jauhi aku. Buat spekulasi sendiri lebih baik. Sekurang-kurangnya aku dapat agak tindakan dia lepas ni dan bersedia kalau dia betul-betul dah tak nak bertanggungjawab ke atas kandungan aku.

Lupakan apa yang dia cakap hari tu. Itu cuma fakehope belaka tsk.

"Hanah sini kau rupanya." Hyeora yang entah muncul dari mana menerpa kearah aku. Aku menoleh dan mengesat pipi aku yang basah. Sejak bila aku menangis pun aku tak sedar.

"Kau patut hentikan diorang." kata Hyeora tiba-tiba. Aku kerutkan dahi.

"Hentikan siapa?"

"Taehyung dan Baekhyun. Kau kena hentikan diorang sebelum keadaan jadi teruk. Diorang bertumbuk dekat dewan kolej."

Pulak. Karang kalau aku yang tolong hentikan tak pasal-pasal aku yang makan penumbuk.

"Cepat!" Hyeora terus menarik tangan aku tanpa menunggu balasan dari aku. Nasib baik aku dapat seimbangkan diri cepat-cepat. Hyeora ni memang nak bagi aku terberanak agaknya.

-------

"Dah berapa lama kau berhubungan dengan dia hah?! Tak guna kau!"

"Sejak bila hal tidur aku dengan perempuan jadi hal kau?"

"Sejak perempuan kawan kau tidur tu perempuan aku! Kau mengandungkan dia! Kau betul-betul kurang ajar, Taehyung! Kenapa kau sentuh perempuan aku!"

"Eoh? Perempuan kau? Pesan dekat 'perempuan' kau tu, lain kali kalau dah ada namchin tak perlu nak cari lelaki lain untuk puaskan dia. Dia tak puas dengan kau kot sebab tu dia cari aku. I know how to treat her well on bed."

"Shit!"

Sebuah penumbuk melayang ke wajah Taehyung. Taehyung tidak mahu mengalah, dia turut membalas dengan tumbukan padunya.

Aku yang baru tiba di situ tidak tahu mahu bertindak bagaimana supaya kedua-dua manusia ini berhenti. Aku menjadi ngeri apabila mereka mula bertumbuk secara ganas. Antara Taehyung dan Baekhyun, keadaan Baekhyun lebih teruk. Pelajar-pelajar yang mengelilingi mereka hanya bertindak sebagai penonton dan penyorak. Tak guna.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now