10

6.4K 772 109
                                        

Hanah's POV

Aku menghempas tubuh aku ke atas katil apabila teringatkan kata-kata Taehyung tadi.

Lelaki tak guna.

Aku benci dia.

Drrt. Drrt.

Telefon aku yang berbunyi di sisi aku pandang sebelum mencapainya. Mata aku mengecil melawan sinaran dari skrin telefon.

Baekhyun:
Awak dah okey? Masih pening kepala tak?

Disebabkan aku tak tahan dengan keberadaan Taehyung dalam majlis tu tadi aku terpaksa bagi alasan dekat Baekhyun yang aku sakit kepala. Hyeora pun balik sama.

Dah okey sikit. Thanks for inviting me to the party.

Most welcome ;) Awak berehatlah okey. Goodnight.

Aku menekan punat off dan meletakkan telefon aku ke sisi. Aku mengeluh kecil.

Kalau Baekhyun tahu pasal kandungan aku agak-agak dia masih nak layan aku ke?

------

Aku menyusun barang-barang aku didalam locker. Bahu aku disentuh dari belakang. Aku segera berpaling.

"Baekhyun?"

Baekhyun tersengih.

"Awak free tak lepas ni? Keluar jom." kata Baekhyun. Aku mengetap bibir dan memandang jam ditangan aku.

"Kelas lepas ni cancel. Takde schedule."

"Jadi bolehlah ni? Anggap je saya nak bawa awak keluar sebagai tanda maaf saya dekat awak pasal bola terkena kepala awak hari tu." Mata Baekhyun bersinar-sinar seperti berharap untuk aku terima pelawaan dia.

"Okey." Senyuman Baekhyun melebar. Dia membuang pandang ke sekeliling untuk melihat beberapa pasang mata yang memerhatikan kami kemudian memandang aku semula.

"Sekarang?" Soalnya. Aku mengangkat bahu.

"Jom." Baekhyun terus menarik tangan aku. Mata aku membulat. Dia ni tak risau ke fans dia broken? Nanti apa pula orang fikir? Muka dia tak bersalah langsung pegang tangan aku. Aku buat tak endah beberapa pasang mata perempuan yang memandang aku dan Baekhyun tajam.

-----

"Buat apa dekat sini?" Soal aku. Sebelah tangan aku melindung wajah aku yang terkena sinaran matahari. Sebelah lagi tangan aku memegang aiskrim. Aku tak tau apa masalah dia bawa aku keluar makan tadi dan terus belanja aku aiskrim ni.

"Saje. Ambil angin. Lagipun saya suka dengan pemandangan dekat sini. Cantik kan?" Baekhyun menoleh kearah aku dengan matanya yang menyepet kerana menahan sinaran matahari yang memancar ke wajahnya sehingga kulitnya sedikit kemerah-merahan. Aku mengangguk dan halakan pandangan aku ke depan.

"Jom duduk dekat sana." Baekhyun menghalakan telunjuknya kearah kawasan tanah yang berumput hijau dan luas. Ni nak acah-acah dalam filem hindustan ke apa ni.

Aku hanya mengikuti langkah Baekhyun tanpa banyak soal. Dia duduk diatas rumput itu manakala aku duduk disampingnya. Lama kami berdiam sehingga aiskrim di tangan aku habis. Dia langsung tak buka mulut untuk mengajak aku berbual.

"Erm.. Kenapa senyap je ni?" soal aku. Baekhyun memalingkan wajahnya kearah aku seperti baru tersedar dari lamunannya.

"Oh. Tak. Tak tahu nak cakap pasal apa."

Cakap jelah pasal apa-apa. Pasal makanan yang menarik untuk sahur ke, menu makanan berbuka ke, makanan sedap yang dijual dekat bazar sekarang ke, baju raya dah beli ke belum, tema raya tahun ni apa- k cukup.

"Tanya jelah apa-apa kalau ada apa-apa yang awak nak tanya." Aku memeluk lutut dengan sebelah tangan aku letakkan diatas lutut dan sandarkan dagu aku diatasnya.

"Awak dengan Taehyung ada apa-apa ke?"

Dengan pantas aku memandang Baekhyun. Dia turut memandang aku. Seperti tahu dengan apa yang bermain difikiran aku, dia segera menambah.

"Semalam saya nampak Taehyung pandang awak semacam. Awak pun macam tak suka dia ada dekat situ. Awak dengan Taehyung pernah couple ek?" soal Baekhyun lagi. Aku menyentuh dagu aku dan membuat bulatan kecil disitu dengan menggunakan ibu jari aku.

"Tak. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia pun. Saya cuma.. Tak suka. Saya tak suka dengan perangai dia."

"Sebab dia playboy?"

Aku mengangguk. Baekhyun tergelak kecil.

"Baguslah. Saya ingat awak bercinta dengan dia. Baru terfikir nak nasihat dekat awak tadi."

"Nasihat?"

"Kalau awak bercinta dengan dia, lebih baik awak putus dengan dia sebelum terlambat. Taehyung pernah ada kes mengandungkan perempuan sebelum ni. Sampai perempuan tu ugut nak gugurkan kandungan dia pun Taehyung tak kisah. Dia tetap tak nak bertanggungjawab. Dia anak orang kaya, sogok je perempuan tu dengan duit memang senyaplah terus perempuan tu." Berkerut-kerut dahi Baekhyun sepanjang dia menjelaskan. Aku menelan liur. Aku tidak sedar tindakan refleksku yang spontan menyentuh perut.

"Kenapa? Awak sakit perut?" soal Baekhyun dengan suara risau. Mata aku membulat. Cepat-cepat aku alihkan tangan aku dan menggeleng.

"Tak. Tak ada apa-apa."

Aku mengemam bibir. Hampir terkantoi.

"Err.. Awak berkawan dengan Taehyung?" soal aku sekadar untuk mengalihkan perhatian dia. Baekhyun mengusap belakang tengkuknya.

"Dulu."

"Hah?" Aku terkebil-kebil mendengar jawapannya.

"Dulu saya berkawan dengan dia. Dia kawan baik saya."

"Sekarang?"

"Erm.. Mungkin."

Dahi aku berkerut. Tidak faham dengan maksud dia. Diorang bergaduh ke? Semalam aku tengok okey je.

"Mesti awak pelik kan, semalam saya dengan Taehyung nampak okey je." Aku mengangguk mengiyakan. Baekhyun tergelak sinis.

"Setiap kata-kata dia semalam menyindir saya sebenarnya. Awak tak perasan?" Aku terdiam seketika. Mencuba untuk mengimbas semula setiap perbualan Baekhyun dan Taehyung semalam.

Oh ya..

"Costume awak dengan Taehyung?" soal aku lagi.

"Itu cuma kebetulan. Saya pun tak sangka yang dia pilih costume yang sama dengan saya. Chemistry kuat mungkin." Baekhyun tergelak kecil. Aku perasan cara dia ketawa macam.. terpaksa.

"Kalau awak tak keberatan, tak nak cerita macam mana awak dan Taehyung boleh bergaduh?"

"Erm.. Pendek cerita, saya gaduh dengan dia sejak kes dia mengandungkan anak orang. Saya tak sangka yang dia buat seteruk tu. Selama ni saya fikir dia cuma permainkan perasaan perempuan." Aku terangguk-angguk.

"Hanah."

"Hm?" Aku mengangkat wajah untuk melihat dia. Anak mata Baekhyun memandang sepasang mata aku silih berganti.

"Jangan pernah sesekali terjebak dengan permainan Taehyung. Tolong jaga diri awak untuk saya."

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now