28

4.9K 714 132
                                    

Aku tak percaya dengan apa yang aku lakukan. Kenapa aku patuh sahaja dengan arahannya?

Aku masih terduduk di birai katil. Semua barang-barang sudah aku masukkan kedalam beg bagasi. Beg bagasi yang berada di hadapan aku pandang. Betulkah apa yang aku buat ni?

Hanah, bukan ini yang kau inginkan?

Sebuah tanggungjawab.

Kau ingin dia bertanggungjawab. Dia juga sudah menyetujuinya jadi apa salahnya? Ini kehendak kau bukan?

"Hanah, kau dah makan ke bel—" Kata-kata Hyeora terhenti sebaik sahaja tiba di muka pintu. Beg bagasi aku di pandang lama. Bilik aku yang sudah dikemaskan juga menjadi tumpuannya.

"Kau buat apa ni? Kau nak pergi mana?" Soal Hyeora curiga. Dia menghampiri aku dengan wajah tertanya-tanya.

"Hyeora, betul ke apa aku buat ni?" Soal aku seperti orang bodoh. Bagaimana Hyeora mahu menjawab sekiranya dia tak tahu apa yang telah berlaku?

"Buat apa?" Hyeora mencari anak mata aku dan menatap aku menginginkan penjelasan.

"Taehyung.. Dia kata dia akan bertanggungjawab. Dia suruh aku berpindah ke rumah dia."

Hyeora tidak dapat mengawal riak wajah terkejutnya. Matanya yang cantik itu membesar. Mulutnya ditekup.

"Holy kinky. Apa semua ni? Aku— Oh my god."

Reaksi melampau.

"Apa aku patut buat, Hyeora? Patut ke aku ikut—"

"Hanah!"

Suara seseorang melaungkan nama aku dari tingkat bawah membuatkan aku terpaku. Sejak bila dia tahu aku tinggal di sini?

Baru sahaja Hyeora mahu membuka suara, Taehyung sudah memunculkan diri di hadapan kami. Matanya membulat seketika melihat kehadiran Hyeora.

"Hyeora? Hanah dah bagitahu dekat kau?" Soal Taehyung dengan riak selamba. Hyeora bagaikan kehilangan kata-kata. Dia menatap aku dan Taehyung berkali-kali.

"Kau tak ada masalah kan kalau aku bawa Hanah tinggal dengan aku selama omma dia tak ada ni?" Soal Taehyung lagi. Aku memandang Hyeora. Berharap dia akan bersuara. Hyeora menatap aku lama sebelum melarikan anak matanya kearah Taehyung. Sesekali matanya terkebil-kebil dengan situasi yang kekok baginya ini.

Hyeora tersenyum. Dan tanpa aku sangka, dia mengangguk setuju.

"Jaga dia baik-baik, Taehyung."

Tak guna Hyeora tak guna.


--------

Sepanjang perjalanan sehinggalah sampai di rumah Taehyung aku hanya mendiamkan diri. Taehyung juga tidak mengajak aku berbual jadi aku hanya mengunci mulut. Tiada sebab untuk aku bersuara.

"Maaflah kalau kau tak berapa suka rumah ni." Taehyung berkata tiba-tiba. Kepala otak dia, rumah besar macam ni siapa saja tak suka? Aip, jangan fikir aku materialistik.

"Family awak tahu awak tinggal disini?" Soal aku memberanikan diri untuk berbual dengannya. Lagipula mulai hari ini orang inilah orang yang sama akan aku hadap setiap hari.

Walaupun bukan selamanya. Hanya untuk sementara.

"Aku akan jaga kau dan anak kita sampai kau dah melahirkan. Cukup bila omma kau dah balik Korea nanti, tanggungjawab aku terhadap kau dah berakhir."

Aku mengeluh. Kuatkah aku menghadapi semua ini? Siapa tahu, aku akan jatuh cinta dengan Taehyung semula tanpa sengaja tetapi pengakhirannya cukup sadis. Kami tak akan bersama selamanya.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now