Hanah Lee's POV
Aku membuka mata apabila kesakitan terasa diseluruh urat saraf pada tubuh badan aku saat aku mencuba untuk menukar posisi tidur. Mata aku mengecil kerana tidak biasa dengan suasana yang silau. Tiba-tiba otak aku mula bekerja dan menganalisis apa yang telah berlaku.
Aku tunduk ke bawah untuk melihat tubuh aku. Oh fvck, I'm naked.
Aku lihat sekeliling bilik. Tiada siapa yang berada didalam bilik itu selain aku. Dengan pantas aku memungut pakaian di atas lantai dan memakai dengan segera. Aku masuk ke bilik air dan mencuci muka sebelum melangkah keluar untuk pulang ke rumah. Mesti omma risau aku tak balik semalam.
Matilah aku kali ni.
Aku buat apa malam tadi? Jangan cakap yang aku-
Oyemji.
-----
Aku yang tengah leka baca buku tiba-tiba dikejutkan dengan sentuhan Hyeora pada bahu aku. Aku mengangkat muka untuk memandang dia. Oh ya, aku lewat masuk kelas 20 minit untuk hari yang kedua aku kat sini. Baru hari kedua dah buat hal alahai.
"Kau pergi mana malam tadi?" Hyeora menyoal. Aku diam dan pandang dia dengan lama. Tengah cari jawapan yang sesuai sebenarnya. Patut ke aku jujur je dengan Hyeora? Dia boleh simpan rahsia? Aku risau dia bagitahu orang lain je.
"Kau tidur dengan Tae eh?" Hyeora naikkan kening dan pandang aku nakal. Aku mula menggelabah. Mata aku yang membulat ditambah dengan riak wajah yang cuak mengundang tawa Hyeora.
"Rilek ah. Aku sporting okey. Benda macam tu perkara biasa je." Perkara biasa dia kata? Benda ni melibatkan harga diri aku dan maruah keluarga aku. Aku tak nak omma kecewa dengan apa yang aku dah buat. Aku pun tak nak benda ni jadi tapi nak buat macam mana, aku betul-betul tak sedar semalam yang aku dan Taehyung dah pergi sejauh tu. Aku dibawah pengaruh minuman alkohol yang aku minum semalam.
"Omma kau tak marah ke kau tak balik semalam? Sorry eh. Aku pun dah ngantuk sangat so aku tidur je terus kat bilik Jennie." Hyeora menunjukkan muka bersalahnya. Aku senyum tipis dan menggeleng.
"Takpelah. Ni salah aku, bukan kau. Omma marah jugak la bila aku balik tadi. Tapi dia marah tak lama pun. Don't worry." Hyeora senyum sehingga matanya mengecil. Aku suka tengok Hyeora senyum macam tu. Comel je.
"Kau dengan Taehyung tidur je kan? Okeylah tu, jangan terlanjur sudah." Hyeora gelak tapi tak dengan aku. Aku kaku dengan tekaan Hyeora yang tepat mengenai batang hidung aku. Tangan aku mula dingin. Aku tak ingat apa yang jadi tapi kesan-kesan kat tubuh badan aku cukup menjelaskan yang aku dah terlanjur dengan Taehyung.
Hyeora berhenti gelak bila aku langsung tak beri respon. Dia pegang bahu aku dan pandang aku lama sebelum matanya membulat.
"Jangan cakap yang kau-"
"Yes. Aku dah terlanjur dengan dia Hyeora."
Hyeora terlopong. Mulutnya ditekup sebelum dia jatuh terduduk diatas kerusi. Matanya masih tak lepas dari pandang aku. Tangannya naik ke leher aku. Bahagian kolar yang panjang dapat menyembunyikan kesan-kesan itu dari dilihat orang. Hyeora menarik kolar baju aku dan terkejut melihat kesan hickey yang banyak pada leher aku. Aku menutup leher aku dengan pantas dan menunduk. Malu dengan Hyeora.
"H-how can? Kau sedar kan masa tu kenapa kau tak halang dia? Kenapa kau biarkan?"
"Aku betul-betul tak sedar Hyeora. Vodka yang kau bagi aku minum tu buat aku mabuk. Aku tak sedar apa yang dah berlaku." Suara aku rendah kan supaya orang lain tak dengar. Hyeora menepuk dahinya berkali-kali.
"Tae.. Taehyung ada pakai protection ke?" Hyeora nampak malu bila menyoal benda macam tu kat aku. Pipi aku membahang. Bahu aku jungkitkan.
"Tak ingat."
Hyeora pejamkan mata dan merengus kecil.
"Aku risau dia tak pakai protection. Nanti kau-"
"Jangan cakap macam tu nanti termakbul kang ha susah. Aku harap sangat benda tu tak jadi." balas aku cepat. Perkara tu yang paling aku takut sekarang. Kalau benda tu terjadi, gelap masa depan aku. Virginity aku hilang dalam sekelip mata. Lepas tu mengandung tanpa berkahwin terlebih dahulu. Mesti omma malu besar.
"Kalau kau rasa ada simptom-simptom yang pelik nanti cepat-cepat bagitau aku tau. Kita boleh selesaikan benda ni awal-awal sebelum terlambat."
Aku cuma anggukkan sahaja apa yang dikatakan oleh Hyeora.
-----
3 weeks later
Aku jalan ke hulu dan ke hilir sedari tadi. Sekarang baru pukul 7 pagi. Aku bukan jenis yang suka bangun awal bila cuti macam ni. Tapi entah tiba-tiba aku terjaga lebih awal dari masa yang sepatutnya. Telefon yang terletak di tepi bantal aku capai dan tekan butang 'power' untuk menyalakan skrin. Aku lihat tarikh hari ini.
Masuk hari ni dah sebulan aku tak period. Sepatutnya minggu ni atau minggu lepas aku period, tapi tak. Aku dah mula risau. Lepas kejadian hari tu aku jarang tunjukkan muka depan Taehyung. Entah dia ingat ke tak pasal benda tu. Tapi dia tak datang pun cari aku.
Buat apa dia nak cari aku? Aku bukan siapa-siapa bagi dia. Kejadian hari tu cuma satu 'accident' bagi dia.
Hari rabu lepas aku dah beli pregnancy test. Sama ada betul atau tak aku kena pastikan benda tu sekarang. Aku rasa tak sedap hati. Aku buka kotak test pack itu dan mengeluarkan isi didalamnya sebelum masuk kedalam bilik air. Selesai melakukan ujian air kencing pada pregnancy test itu, aku menunggu keputusan dengan sabar. Mata aku pejamkan. Pregnancy test itu aku letak jauh dari aku. Tak sanggup melihat.
Selesai menunggu selama beberapa minit, aku mengambil pregnancy test itu dengan tangan yang terketar-ketar. Peluh dingin mula membasahi tubuh aku. Aku tak sanggup nak tengok keputusan dia. Mata aku yang terpejam perlahan-lahan aku buka dan tunduk memandang alat yang aku pegang itu.
Jawapannya cukup membuatkan aku diam mematung.
Ada dua garisan merah yang tercatat pada alat itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...