21

6.9K 761 387
                                    


"Appa... saya?" soal aku tidak percaya. Aku memandang wajahnya tanpa berkelip dan seringkali membandingkan perbezaan dan persamaan wajah kami. Memang wajah aku mempunyai iras wajahnya.

"Appa tahu ini semua sangat mengejutkan kamu. Tapi appa nak kamu tahu, setiap hari sejak appa tinggalkan kamu berdua, appa selalu terfikir pasal kamu dan omma kamu.." Pandangan mata lelaki yang mengaku dirinya sebagai appa aku itu bertukar sayu dan aku dapat baca kesedihan melalui matanya.

"Appa sepatutnya ada dengan kamu berdua selama ni." sambungnya lagi. Entah kenapa tiba-tiba perasaan marah dan geram aku muncul.

"Tapi apa yang appa buat? Appa ada selama ni dengan kami? Baru appa nak sedar yang appa tak patut abaikan Hanah dengan omma selama ni?" Aku berpeluk tubuh sambil menajamkan pandangan aku kepadanya. Nafas aku menjadi tidak teratur kerana menahan perasaan marah aku. Appa menunduk dan menggangguk kecil.

"Appa memang patut terima semua ni.."

"Omma kamu dengan appa terlalu muda masa tu dan masing-masing childish. Appa yang salah sebab appa kata yang appa tak sedia jadi seorang 'appa'."

"Dan appa ambil keputusan untuk tinggalkan omma dan biarkan dia bergelar 'ibu tunggal' sebab appa rasa itu keputusan yang lebih baik?!" Aku dapat rasakan yang aku semakin melampau tetapi hormon mengandung aku membuatkan kemarahan aku susah untuk dikawal. Mudah sahaja baran aku naik.

"Hanah, omma tahu kamu marahkan appa. Tapi boleh tak kamu dengar penjelasan appa kamu dulu?" Omma yang sedari tadi diam bersuara apabila melihat api kemarahan aku yang semakin membara. Aku pejamkan mata seketika dan menarik nafas. Kalau boleh aku nak marah lagi tapi aku mesti dengar cakap omma. Lagipun marah tak tentu pasal boleh menjejaskan kandungan aku.

"Fine." balas aku perlahan dan menunggu appa untuk bersuara. Anak mata appa yang tadi menunduk memandang lantai kini terarah kepada aku.

"Hanah... Appa tahu keadaan kamu sekarang.." Appa tersenyum kecil selepas berkata. Aku mengangkat kening.

"Keadaan?"

Aku dapat rasakan yang mata appa menjeling sekelis perut aku yang besar dan secara tiba-tiba aku berasa bingung sendiri.

"Appa dapat rasakan aura keibuan kamu. Sama macam masa omma kamu mengandungkan kamu." Appa sengih kecil dan menyambung, "Appa dah cuba untuk kembali dengan kamu berdua beberapa bulan yang lepas, tapi... appa ada sedikit masalah." Appa mengeluh seketika.

Appa melirik kearah omma sekilas tetapi omma pantas melarikan anak matanya dan memandang permaidani yang terbentang di ruang tamu ini. Omma menggigit bibir bawahnya.

Apa dah terjadi sebenarnya?

"Appa dah bincang dengan isteri appa tentang ni dan rumah appa terbuka untuk kamu, Hanah. Appa nak jalankan tanggungjawab appa yang sebelum ni appa tinggalkan. Appa nak jaga kamu. Appa juga dapat bantu omma kamu untuk buat keputusan tentang masa depan kamu." kata appa. Aku tahu 'isteri' yang dimaksudkan oleh appa bukanlah omma dan itu membuatkan kemarahan aku bangkit semula.

"Oh, Hanah tahu, appa dengan keluarga 'ganti' appa tu tiba-tiba nak bantu untuk mempergunakan anak perempuan appa ni?" soal aku sinis. Appa nampak terkejut dengan respon aku yang kelihatan kurang ajar. Aku sedar yang appa terluka sekaligus terkejut apabila dia memandang aku lama.

Pandangan mata dia membuatkan aku sedar yang aku memiliki mata yang sama dengannya. Matanya berwarna sedikit kelabu dan begitu juga aku. Dari wajah appa memang jelas dia bukan pure Korean, tetapi berdarah kacukan Russia dan darah itu turut mengalir di badan aku. Itu semakin membuatkan aku marah.

"Siapa Hanah? Seorang manusia yang memang selalu dipergunakan oleh semua orang?" soal aku lagi dengan emosional. Kejadian yang menimpa diri aku satu per satu bermain di minda. Memang beginikah takdir hidup aku?

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now