"Kau yakin tak nak aku temankan kau?" Soal Jungkook. Hanah mengangguk dengan yakin. Ada sebab kenapa dia tidak mahu ditemani lelaki ini.
Siapa sahaja yang tidak malu apabila seorang lelaki yang asing dan tidak begitu kau kenali menemani kau membeli tuala wanita?
Mujur sahaja Jungkook tidak tahu apa yang ingin dibelinya. Jika lelaki ini tahu, tidak tahu bagaimana cara untuk dia menyorok dari lelaki ini kerana selama ini lelaki inilah yang selalu berada di hadapannya.
Sesekali Hanah merasa bingung, bagaimana dia boleh tinggal serumah dengan lelaki ini? Apa dia tidak mempunyai keluarga? Atau dia adalah anak yatim? Tetapi tidak silap Jungkook pernah memberitahunya yang dia mempunyai keluarga.
Sudah lama dia ingin bertanya pelbagai soalan kepada Jungkook namun ada sahaja yang membantutkan niatnya. Lagipula pernah sekali dia bertanya soalan mengenai keluarganya, Jungkook mengelak dan beralih ke topik lain. Keluarga Jungkook juga tidak memberitahunya apa-apa.
Dan yang peliknya, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku sebelum ini.
"Aku pergi dekat kedai bakery depan tu. Minjung suruh aku belikan dia. Kalau dah siap beli apa yang kau nak tu, cari aku. Jangan merayap tempat lain." Nasihat Jungkook. Hanah hanya membalas dengan anggukan. Memang sudah menjadi salah satu hobinya untuk tidak bersuara dan membalas dengan gerakan sahaja.
"Aku pergi dulu."
Mata Hanah setia menemani setiap langkah Jungkook berjalan menjauhi dia menuju ke seberang jalan. Hanah mengeluh seketika. Kadangkala dia merasa rimas apabila lelaki itu sentiasa menemani dia pergi kemana sahaja. Jungkook menganggap dirinya sebagai budak kecil yang perlu diawasi.
Hanah membuka zip beg sandang yang dibawanya lalu mengeluarkan topi hitam yang wajib dibawanya apabila dia keluar dari rumah. Topi itu disarungkan ke kepalanya sebelum zip ditutup semula. Rambut pendeknya dibetulkan dengan menariknya ke hadapan bahu. Beg sandang itu dipakainya semula sebelum dia masuk kedalam kedai yang ditujui.
Setapak dia melangkah masuk kedalam kedai, pendingin hawa yang mengeluarkan hawa yang dingin itu menyapa kulitnya yang terdedah. Hanah menunduk hormat seketika apabila terpandang penjaga kaunter pembayaran yang memandang kearahnya. Orang itu hanya membalas dengan senyuman dan turut membalas sapaan Hanah.
Hanah terus menuju ke lorong tempat adanya benda yang dicarinya itu.
Tuala wa—
Okay tidak perlu disebut.
---------
"Saya nak beli minuman kejap. Sayang nak minum apa-apa tak?" Soal Taehyung setelah tali pinggang keselamatannya dibuka. Dia memandang tepat ke tempat duduk sebelah pemandu. Yoojung menggerucutkan bibirnya seketika dengan dahinya berkerut seperti sedang berfikir. Taehyung tersenyum kecil melihat perlakuan semulajadi Yoojung yang begitu comel baginya itu.
"Dutchlady." Balas Yoojung setelah beberapa saat berfikir. Balasan Yoojung disambut dengan gelakan dari Taehyung.
"Tak nak minuman lain?" Soal Taehyung dengan masih bersisakan tawanya. Yoojung mula memasamkan muka. Dia tahu sebab lelaki itu ketawa. Apa yang lawak bila dia mengatakan Dutchlady itu salah satu minuman kegemarannya?
Apa itu terlalu kebudak-budakan?
Yoojung menggeleng dengan wajah yang suram. Taehyung mencuit lembut dagu Yoojung.
"Jangan masam sangat muka tu. Nak perisa apa?" Soal Taehyung.
"Macam biasa. Susu full cream tu."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)