Hanah's POV
Aku tahu aku tak sepatutnya rasa perasaan sebegini. Mengapa aku rasa.. berdebar?
Tak, maksud aku.. Aku bukannya jatuh hati dengan suami Yoojung. Tidak. Oh tolonglah, itu suami orang. Tetapi entah kenapa aku rasa berdebar sejurus sahaja dia menyebut namanya sendiri. Nama itu seperti kedengaran familiar di telinga aku.
Rasanya aku pernah mendengar nama ini.
Malah aku rasa aku pernah mengenali orang yang bernama Kim Taehyung itu.
Ah, mengarut. Mustahil aku pernah mengenali majikan aku ini sebelumnya. Kan?
Lupakan.
Apa yang patut aku fikirkan sekarang ini tentang tawaran yang Yoojung sebutkan pagi tadi. Aku belum bersedia untuk bidang yang memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Bidang itu terlalu... Keterlaluan? Tak. Terlalu apa ya? Yang penting aku rasakan bidang itu terlalu jauh dengan pekerjaan yang aku inginkan.
Aku langsung tidak bersedia.
"Peluang dah ada depan mata, Hanah. Tak salah untuk kau mencuba. Kalau kau rasa tak boleh juga, kau cubalah cakap dekat majikan kau. Aku yakin dia mesti faham." Aku tersentak seketika apabila Jungkook bersuara sambil membawa dua gelas cawan berisi air teh ke arah aku. Segelas air teh itu dihulurkan ke arah aku. Aku menyambut dengan senyuman kecil.
"Rugi kalau kau sia-siakan peluang ini. Percayalah cakap aku." Sambung Jungkook lagi. Dia duduk di sofa yang bertentangan dengan aku. Aku cuma mengangguk faham. Buat beberapa saat suasana sepi mengisi ruangan ini sehingga menimbulkan perasaan kekok didalam diri. Peristiwa hari itu masih belum terlupakan okay.
"Ehem, kau kata kau belum pernah berjumpa dengan majikan kau, kan?" Pantas Jungkook mengajukan soalan yang terlintas difikirannya apabila melihat aku yang jelas kekok dengan suasana itu. Aku melihatnya yang juga turut memandang aku.
"Ya. Tapi Yoojung kata esok majikan aku tu akan balik. Maknanya esok baru aku akan berjumpa dengan dia." Balas aku jelas. Jungkook mengangguk faham.
"Kau dah kenal ke siapa majikan kau?" Soal Jungkook lagi. Aku mengangguk sahaja.
"Semalam aku ada bercakap dengan dia sedikit melalui telefon. Nama dia Kim Taehyung."
Dan sekali lagi, nama itu terlintas di benak aku. Namun bukan itu yang aku kisah sekarang. Reaksi terkejut Jungkook lebih menghairankan aku. Matanya jelas membulat dengan mulut yang sedikit terbuka.
"Kenapa buat muka macam tu?" Aku kerutkan dahi. Jungkook mengawal semula reaksi wajahnya. Dia tersenyum kecil dan menggeleng perlahan. Senyuman yang dipaksa.
"Kau ada beritahu majikan kau nama kau siapa?" Soal Jungkook ingin tahu. Aku semakin pelik dengan Jungkook. Kenapa dia seperti risaukan sesuatu? Adakah dia mengenali manusia bernama Kim Taehyung itu?
"Ada."
Jungkook memejamkan matanya seketika dan beralih dari menghadap ke arah aku. Wajahnya diraup sedikit kasar.
"Majikan kau ada tanya kau soalan yang pelik-pelik?"
Okay, ini semakin menghairankan.
"Ada apa sebenarnya, Jungkook? Kenapa kau lain semacam bila aku bagitahu nama majikan aku? Kau kenal dia? Ada apa-apa yang aku tak tahu?" Soal aku tanpa dapat ditahan lagi dengan bertubi-tubi. Jungkook melihat ke arah aku seketika. Lambat-lambat dia menggeleng.
"Habis tu?" Aku masih menginginkan kepastian. Jungkook teragak-agak untuk membuka mulut. Baru sahaja aku ingin menantikan jawapannya, suara tangisan Minjung dari arah bilik membantutkam semua itu. Pantas Jungkook mengangkat punggung.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)