44

3.4K 505 241
                                    

minta maaf terspam dekat notify korang, wattpad menganjings tak bagi pub pft

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

minta maaf terspam dekat notify korang, wattpad menganjings tak bagi pub pft

----------------

Aku tersenyum lebar melihat ke arah jendela yang menampakkan pemandangan Kota Seoul, lokasi pertama kami untuk sesi penggambaran. Entah kenapa aku berasa teruja apabila tiba di kota ini. Mungkin kerana ini merupakan tanah air aku, sebab itu teruja dia lain macam apabila aku menjejakkan kaki ke sini setelah sekian lama.

Dulu aku pernah meminta Jungkook untuk pergi ke Seoul kerana ingin melihat tanah air aku. Tetapi Jungkook memberi alasan dengan mengatakan tunggu dia mempunyai cuti yang panjang supaya kami dapat bercuti lebih lama di Korea.

Ya tuhan, aku cakap macam ni seolah-olah kami pasangan suami isteri yang merancang untuk berbulan madu. Psh.

"Hari ini kita rest dulu, esok pukul 7 setengah pagi pastikan semua dah bersedia. Kalau ada yang nak bersiar-siar, dipersilakan." Arah Encik Han. Semua mengangguk faham termasuk aku. Cardigan yang tersarung di tubuh aku betulkan sebelum perlahan-lahan menjauhi mereka lalu berjalan di sekitar kawasan hotel yang kami diami. Kedua-dua belah tangan aku seluk kedalam poket cardigan.

"Hanah, awak nak pergi mana tu?" Suara lembut menyoal dari belakang membuatkan aku berpaling. Wajah Yoojung memenuhi ruang mata aku.

"Saya nak bersiar-siar dekat kawasan ni kejap. Kenapa?" Soal aku.

"Saya dengan Taehyung nak keluar ambil angin. Awak nak ikut?" Pelawa Yoojung. Aku menipiskan bibir. Nak tu memanglah nak, tapi...

"Rasanya tak perlu. Awak berduakan honeymoon, saya tak nak—"

"Eh saya tak kisahlah. Lagi pun honeymoon tak bermaksud pergi kemana-mana pun mesti kami berdua je. Marilah, saya tahu awak pun nak tengok suasana dekat sini." Rasa segan untuk menolak, akhirnya aku anggukkan saja kepala aku. Yoojung tersenyum lalu menarik tangan aku supaya mengikutinya.

"Taehyung-ah, Hanah ikut kita!" Aku tersenyum kecil melihat kerenah Yoojung yang kelihatan seperti kanak-kanak ribena. Comel je.

Mata Taehyung membulat seketika mendengar kata-kata Yoojung. Namun dia mengawal reaksi wajahnya lalu berdehem. Matanya memandang aku sekilas.

"Oh, okay."

---------------

"Rasa pelik bila awak berasal dari Korea tapi awak macam tak tahu apa-apa pasal negara ni. Saya nak tanya, awak pasti awak betul-betul lahir di sini atau Amerika?" Soal Yoojung diselangi tawa kecil. Taehyung dari tadi cuma menjadi pendengar setia perbualan kami dengan matanya fokus memandang jalan raya di hadapan.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now