22

6.4K 698 107
                                        

esok malam anis takdapat update so anis awalkan sikit update malam ni. stay tuned ❤️

-------


Apa benda yang aku baru dengar ni?!

Maknanya, Baekhyun masih menyimpan perasaan terhadap aku selama ini?

Aku mengaku yang perasaan halus tu menyapa lembut ke hati aku sehingga hati aku berbunga-bunga apabila mengetahui yang Baekhyun masih sukakan aku.

Tapi sekarang aku rasa sangat... awkward. Aku dapat bayangkan yang aku tak sempat larikan diri apabila Baekhyun dan Taeyeon keluar dari kereta. Aku masih memakukan diri di tempat aku berdiri sejak beberapa minit yang lalu.

Bunyi derapan kasut flat dan kasut tumit tinggi berselang-seli kedengaran di telinga aku.

Oh tidak.

Jangan cakap yang itu mereka.

"Eh, kebetulan pula terserempak." tegur Taeyeon yang berbaur sindiran. Pandangan tidak suka dengan pertembungan ini kelihatan jelas dimatanya. Baekhyun yang sepertinya baru menyedari kehadiran aku disitu agak terkejut. Dia menoleh kearah Taeyeon seketika apabila Taeyeon berkata seperti itu. Matanya dikecilkan tanda memberi amaran.

"Taeyeon—"

"Cakap kemudian. Saya nak masuk dalam."

Taeyeon terus sahaja menghayunkan langkah menuju ke pintu restoran dan menolak pintu ke depan dan masuk kedalam dengan langkah yang keras, meninggalkan Baekhyun yang tersekat untuk mengeluarkan kata-kata yang ingin dia katakan.

Aku berdiri senyap untuk beberapa minit, tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

Kesepian di antara aku dan Baekhyun yang masih setia berdiri di hadapan aku membuatkan aku bertambah kekok.

"So... date night, huh?" Aku terpaksa mulakan perbualan kami. Diingatkan, terpaksa. Aku rasa yang Baekhyun tidak akan mulakan perbualan kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Sampai mana awak dengar, Hanah?"

Dia menyoal secara tiba-tiba sehingga membuatkan aku terpaku sendiri. Wajahnya memandang aku tanpa riak. Tapi aku dapat lihat muka dia nampak suram, tiada senyuman seperti kebiasaannya dibibirnya yang terukir cantik itu. Aku menelan liur yang terasa kelat.

"Hampir... semuanya."

Keluhan berat terlepas dari mulut Baekhyun. Dia menundukkan wajahnya seketika lalu meraup kasar wajahnya dan memandang kearah aku semula.

"Saya patut jelaskan sesuatu, bukan?" soalnya lebih kepada menyoal diri sendiri.

Berada dekat dengannya selalu mengingatkan aku tentang suatu perasaan yang berkait yang tidak dapat kami nafikan.

Dan sekarang, apa yang aku dapat fikirkan adalah perasaan yang aku rasakan ketika berada didalam pelukan Baekhyun selepas Yoongi hampir sahaja mengambil kesempatan terhadap aku.

Aku rindukan pelukan dia yang sentiasa buatkan aku berasa tenang dan selamat.

Tapi dialah yang memulakan langkah untuk menjauhi aku dulu...

Jadi kenapa dia harus menjauhi aku, bercinta dengan Taeyeon, dan 'sebut' nama aku sekiranya dia masih tidak dapat melupakan perasaannya terhadap aku?

"Yeah, saya rasa lebih baik awak jelaskan. Saya sudi mendengar." balas aku setelah beberapa minit aku berperang dengan perasaan aku sendiri.

Sekali lagi Baekhyun mengeluh. Dia menarik nafas dan menghembus perlahan.

"Saya tahu saya yang akhirkan hubungan kita dulu. Saya jauhi awak. Saya yang cari orang lain sebagai pengganti awak. Saya cuba untuk move on sebab saya rasa saya perlu buat macam tu.." Mata Baekhyun yang bertentang dengan mata aku dia larikan dan memandang ke sekeliling. Dia buat begitu supaya aku tidak menyedari mata dia yang memerah dan berair walaupun aku sudah menyedarinya.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now