"Selamat pagi kepada semua penghuni School Of Perfoming Arts Seoul. Hari yang indah bukan dekat sekolah kita hari ini? Saya Jung Hoseok akan memberitahu anda semua berita terkini yang berlaku di kampus."Hoseok menarik nafas seketika sambil membetulkan tali lehernya. Dia ingin kelihatan segak di hadapan kamera yang akan memaparkan dirinya sebagai pemberita di kolej mereka. Kertas yang ada ditangannya dibaca berkali-kali didalam hati. Tidak mahu tersalah sebut nanti.
"Pada petang ini, pihak kolej akan mengadakan perjumpaan pada pukul 3:30 PM di cafeteria untuk perbincangan tentang pesta tahunan. Kelab catur akan berkumpul di perpustakaan untuk pertandingan pusingan akhir—"
Baru sahaja Hoseok ingin menyambung kata-katanya, Jongdae yang berada disebelahnya sedari tadi sengaja berbuat-buat batuk supaya Hoseok menyedari kehadirannya. Hoseok menjeling Jongdae seketika. Senyuman manis dilemparkan kepada kamera.
"Uh... Perkenalkan, pembantu saya, Kim Jongdae. Mungkin dia ada perkara yang nak ditambah sikit dalam berita hari ini—"
PAPP!
Jongdae menghentak meja dengan tapak tangannya lalu dia tersenyum lebar dan melambaikan tangannya kearah kamera.
"Ya, Hellooooooooo semua! Kim Jongdae di sini. Saya nak tambah sedikit perkara yang Hoseok belum beritahu. Mari kita saksikan gosip latest di kampus kita ni. Diingatkan, gosip ini ialah gosip hangat. Breaking news yall!"
Mata Jongdae bersinar-sinar seraya dia membelek pantas kertas di atas mejanya. Cermin mata besarnya dibetulkan dan dia melihat kertas ditangannya dengan jarak 80 sentimeter dari matanya.
"Ketua pasukan bola yang terkenal di kampus kita, Byun Baekhyun bukanlah seorang yang perfect dan innocent seperti yang kita sangkakan. Mari kita saksikan video ekslusif yang kami terima dari orang yang tidak diketahui identitinya."
"Boleh kami tolong kau, budak penjara? Oh maaf, Taehyung. Lupa nama kau."
"Sejujurnya, kau boleh tolong aku selesaikan masalah aku, Baekhyun. Aku datang ke sini sebab aku rasa perempuan kau, Hanah, perlu selesaikan sesuatu secepatnya."
"Apa lagi yang kau nak buat, Taehyung? Tak cukup lagi kau sakitkan hati dia? Kau patut terima kenyataan yang Hanah dah selesai dengan kau dan dia dah berpaling pada lelaki yang betul."
"Aku rasa kasihan juga kau masuk lokap sebelum ni. Bukan salah kau sepenuhnya, kan? Mungkin kau tertekan. Tapi aku ada terdengar gossip yang appa kau malu teruk sebab ada orang pecahkan tembelang dia selama ni. Omma kau juga ada scandal lain, bukan?"
"Baekhyun."
"Kau main kotor, Baekhyun? Macam mana kalau aku cakap yang kau sebenarnya ada hubungan dengan Yeonji lepas aku dengan dia putus dulu?"
Tuttttt.
"Ya, itu dia.... Terkejut tak? Hahahahahahahaha hampa semua jangan broken sangat na cheq kan ado hahahahahaha ha ha ha...."
Tawa Jongdae semakin perlahan apabila menerima jelingan super duper maut dari Hoseok yang mampu menchong jojun balsa ke matanya.
"O-Okay. Ehem. Saya tahu ramai pihak yang tak berpuas hati dengan Baekhyun dan mangkat sila kalau hampa nak meroyan tak tentu pasal. Err, maafkan saya. Saya rasa ramai yang tertanya-tanya apa punca masalah pergaduhan di antara bad boy kampus kita iaitu Kim Taehyung dan juga pretty boy kita Byun Baekhyun."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...