26

5.9K 668 183
                                        

Bukan main lagi aku dan Hyeora ponteng untuk detention. Aku pasti Sir Matthews kecewa dapat pelajar seperti kami. Tapi aku harap dia memahami. Aku kan mengandung? Ianya boleh dijadikan alasan untuk aku ponteng kelas dia.

Oleh kerana aku membawa kereta omma ke kampus hari ini, jadi aku mengambil keputusan untuk menghantar Hyeora kerumahnya. Aku sudah mengarah dia untuk berehat kerana dia begitu lelah dengan masalah yang dia hadapi. Kesan lebam akibat pukulan Yoongi pada lengan, bahu, dan pinggangnya memilukan hati aku. Apa Yoongi tidak mempunyai nilai kemanusiaan sehingga dia mendera Hyeora sebegitu?

Aku masih tidak mempercayai apa yang telah terjadi kepada Hyeora sejak akhir-akhir ini. Dia cukup terseksa dan aku langsung tidak mengetahuinya. Aku rasa bersalah sebab tak sedar perkara ini lebih awal. Aku sepatutnya tidak merahsiakan apa yang Yoongi lakukan kepada aku dan terus sahaja mereportkan perkara ini kepada pihak polis.

Ingin sahaja aku memandu menuju ke rumah Yoongi sekarang untuk menyerang dan membunuhnya ketika itu juga. Tetapi memikirkan keadaan aku yang sarat mengandung, aku terpaksa menahan niat aku demi keselamatan bayi aku. Lagipula aku tidak mengetahui dimana keberadaan lelaki sial itu dan aku tidak mahu melahirkan anak aku di penjara sekiranya aku tidak dapat menahan niat aku untuk membunuhnya.

Selepas sahaja menghantar Hyeora ke rumahnya, aku terus memandu pulang ke rumah. Aku ingin merehatkan diri dan menenangkan minda aku dari segala masalah yang terpaksa aku hadapi hari ini. Terlalu banyak berita yang menjadi kejutan buat aku.

Masuk sahaja kerumah, keluhan terbit dimulut aku apabila aku merasakan bahawa aku betul-betul tidak dapat membawa tubuh aku untuk menaiki tangga ketika itu. Kenapa omma tak buat lif atau eskalator sahaja disini?

Senyap sahaja keadaan rumah ketika itu. Aku beranggapan mungkin omma masih sibuk di hospital dan aku keluar kelas lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

Aku dapat rasakan telefon bergetar di bahagian sisi punggung aku dan tanpa sebab, aku terkejut sehingga badan aku terhinjut. Aku perlu makan ubat penenang. Tubuh aku mudah memberi reaksi terkejut yang melampau secara tiba-tiba.

Aku pantas menyeluk tangan kedalam poket seluar dan mengambil telefon aku. Mata aku tertancap pada skrin telefon.

Mom:
Hanah sayang.

Mom:
Omma ada letak duit dekat purse kamu sebelum kamu gerak ke kuliah tadi. Kamu boleh tengok movie atau shopping selepas sekolah dengan duit tu.

Mom:
Omma ada kerja sikit kena buat dengan kawan omma. Mungkin omma pulang lewat. Pergilah jalan dengan Hyeora. Have a nice time!

Okay.

Ini pelik.

Omma tak pernah pesan sebegini dekat aku. Kenapa dia begitu kesah sekiranya aku disini atau tak? Selalunya omma membiarkan sahaja sekiranya aku pulang awal kerana dia faham aku perlukan rehat yang secukupnya.

Oleh kerana aku terlanjur sudah berada dirumah, dan aku yakin Hyeora juga sudah terlena ketika ini kerana wajahnya begitu mengantuk tadi, jadi aku memutuskan untuk berada dirumah sahaja tanpa pergi kemana-mana. Aku juga sepertinya tidak ada mood untuk keluar sekarang. Aku ingin tidur.

Dan makan.

Aku betul-betul lapar sekarang dan aku perlu masak sesuatu. Aku memutuskan untuk masuk ke dapur terlebih dahulu. Lidah aku begitu teringin untuk merasa sup. Okay, chicken noodle soup is good for this time.

Masalah yang tadi mengganggu aku hilang seketika sementara aku masih menyiapkan masakan aku. Ianya mengambil masa beberapa minit sebelum aku tersedar ada bunyi sesuatu yang datang dari ruang tamu. Satu lagi yang perlu aku nyatakan, bunyi itu cukup... pelik.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now