15

6.5K 776 159
                                        

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Mata aku terasa sedikit perit kerana bengkak. Bengkak kerana menangis semalaman. Menangisi benda yang tak patut ditangisi. Bagus hm.

Aku duduk dibirai katil dan berhenti lama dalam keadaan seperti itu. Kalau boleh aku langsung tak nak pergi kolej hari ni. Lepas apa yang berlaku semalam, aku tak sanggup untuk tunjukkan muka aku di hadapan pelajar lain. Tanggapan mereka kepada aku sudah menjadi buruk. Aku tak sanggup menghadapi hinaan yang bakal aku terima.

Tambahan lagi dengan hormon mengandung aku, badan aku cepat lemah dan malas untuk bergerak. Aku nak tidur. Seriously.

Tetapi apabila difikirkan semula, aku mesti hadir juga hari ni. Kalau rekod kehadiran aku merosot, pelajaran aku juga turut sama merosot. Masa depan aku tak terjamin. Siapa lagi yang aku harapkan melainkan diri aku sendiri? Siapa lagi yang akan hidupkan anak aku dan beri dia kehidupan yang lebih baik kalau bukan aku?

Aku nak berjaya. Aku nak anak aku hidup senang. Aku nak tunjukkan dekat semua orang yang aku mampu senangkan hidup anak aku walaupun dia tak ada appa.

Hentikan semua drama yini.

Aku bangun dan bergerak ke bilik air untuk mandi. Aku memakai baju yang sesuai dan turun ke bawah. Omma aku lihat sedang mencuci pinggan di sinki. Rasa bersalah pula tak tolong omma. Aku bukannya tak nak tolong tapi badan aku betul-betul lemah sejak akhir-akhir ni.

"So baby pull me closer in the backseat of the rover.."

Amboi. Kemain lagi dia nyanyi lagu omputeh.

"Ehem."

Deheman aku membuatkan senduk yang dipegang omma terpelanting. Omma mengurut dadanya.

"Kamu nak omma mati awal ek?" Omma jegilkan mata. Aku tergelak kecil dan rapatkan kedua-dua tapak tangan aku.

"Mianhae." Omma menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Jangan lupa, petang nanti kita bincang pasal option kamu." kata omma seraya menyambung kerjanya sambil membelakangi aku. Aku memberikan omma pandangan pelik.

"Option apa?"

"Pasal kandungan kamulah. Kamu nak teruskan jaga kandungan kamu sampai lahir ataupun lepas lahir kamu nak bagi anak kamu dekat pasangan yang nakkan anak angkat ataupun kamu nak gugurkan." Aku menelan liur. Rambut yang terjuntai didahi aku raup ke belakang. Aku menyandarkan sisi badan aku ke dinding.

"Omma, Hanah dah buat keputusan yang Hanah nak jaga kandungan ni sampai Hanah bersalin." Omma berpaling dan memandang aku dengan mata yang dibesarkan.

"Are you sure? Kamu yakin kamu boleh jaga dia walaupun kamu tak bersuami?" Lambat-lambat aku mengangguk.

"Walaupun baby ni hasil daripada keterlanjuran Hanah, tapi Hanah sayangkan baby ni." Aku mengusap lembut perut aku. Pandangan omma bertukar sayu. Dia tersenyum kelat.

"Kalau kamu yakin kamu boleh jaga dia dengan baik, omma tak larang. Omma cuma tak nak kamu jadi macam omma. Omma besarkan kamu tanpa seorang appa. 19 tahun omma besarkan kamu seorang diri. Now look at you, anak omma dah besar. Anak omma sekarang tengah memgandungkan cucu omma. Hiks." Aku menjulingkan mata aku ke atas apabila omma acah mengesat airmata dipipinya.

"Seriously ma."

"Apa?" Omma menghembus hingusnya ke lengan baju. Aku memicit dahi melihat drama di depan aku.

"Hanah nak pergi kolej dah ni."

"Oh yeke? Okey jom jom." Omma mengelap tangannya pada tuala kecil di atas meja dan beransur pergi ke ruang tamu untuk mengambil kunci kereta. Aku hanya membuntuti langkahnya sambil menggeleng kecil.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now