16

6.3K 769 408
                                    


Aku boleh je cakap yang aku salah dengar tadi. Tapi sekarang aku terkaku bila nampak diorang bercium.

Maknanya betullah kan diorang dah getback?

Tapi.. kenapa?

Aku rasa nak menangis sekarang tapi aku tahan. Dua ekor manusia ni pun bukannya reti nak berhenti bercium. Tak faham ke ni kawasan kolej? Bodoh.

K maafkan saya seton banyak keluar raya ni.

Aku nak tunggu sampai diorang berhenti tetapi melihat keadaan diorang yang memang tak ada tanda-tanda nak berhenti aku terus batalkan niat aku dan lari dari situ. Aku masuk kedalam sebuah kelas yang kosong. Aku mendekati tingkap dan melihat mereka yang masih beramah mesra di dewan. Nampak macam aku tak wujud langsung depan diorang tadi.

Taehyung nampak macam tenang dan gembira.

Mestilah dia gembira.

Tapi dia tak terkesan langsung ke dengan kehadiran aku depan diorang tadi? Aku tahu dia perasan aku ada kat situ tapi dia buat-buat tak tahu.

Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa Taehyung terima Yeonji semula. Dia terima perempuan yang pernah sakitkan hati dia dan tinggalkan dia dulu. Yeonji penyebab dia jadi macam sekarang. Suka mainkan hati perempuan.

Aku tak dapat nafikan yang aku.. cemburu.

Bukan ke sepatutnya dia pilih aku?

Bukan ke sepatutnya dia pilih perempuan yang mengandungkan anak dia berbanding cinta pertama dia dulu?

Dia terima Yeonji seolah-olah Yeonji tu tengah mengandungkan anak dia. Bukan aku.

Dia tak fikir ke pasal aku? Apa maksud dia hari tu yang dia nakkan peluang daripada aku?

"Aku banyak buat kesilapan besar. Tapi kesilapan besar yang paling bodoh pernah aku buat ialah tinggalkan kau. Aku tinggalkan perempuan yang mengandungkan anak aku."

Ya, kau memang bodoh Taehyung.

"Aku nak kau selalu ada dengan aku. Sampai anak kita lahir ke dunia ni. Kau.. masih tak nak bagi aku peluang ke?"

Kau penipu, Kim Taehyung.

Bibir aku bergetar. Aku cuba tahan diri aku dari menangis. Perlahan-lahan badan aku melorot ke lantai kerana kaki aku terasa begitu lemah untuk berdiri. Aku rapatkan kedua-dua lutut aku ke dada. Aku menggigit bibir.

Aku tak akan menangis.

Tik.

Bodoh. Kenapa airmata ni degil nak keluar?

Aku teresak kecil. Aku tak ubah macam budak 2 tahun yang menangis sebab hilang jejak mak dia masa tengah shopping dekat mall.

Selepas puas menangis, aku berdiri dan tepuk kecil punggung aku. Aku tahu lantai kelas ni bersih sebab jarang dimasuki pelajar tapi aku tetap rasa ada habuk yang melekat dekat bontot aku yang fab ni.

Aku mengelap sisa airmata di wajah aku dan mengeluarkan bedak compact yang entah sejak bila ada dekat poket seluar aku. Hanya sekadar untuk menutup wajah aku yang jelas baru habis menangis. Setelah selesai, aku melangkah keluar dengan tenang.

Aku dah lewat beberapa minit untuk hadiri detention class.

Masuk sahaja didalam kelas tahanan, aku lihat Ms Jung sudah berada didalam. Aku meminta kebenaran untuk masuk dan mengambil tempat duduk aku. Sempat aku mengerling kearah Baekhyun dan Taehyung. Diorang berkongsi meja yang sama memandang meja kelas ini panjang. Tapi jarak mereka cukup jauh. Aku tahu hubungan diorang tak baik.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now