kalau aku baik aku update dua kali (sabtu dan ahad)
---------
"Awak... Awak apa?" Soal aku meminta dia mengulang semula kata-katanya tadi. Mata aku masih membulat tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari tadi.
Baekhyun tundukkan wajah dan dapat aku lihat dengan jelas telinganya menjadi merah. Dia berdehem sebelum mengangkat semula wajahnya untuk memandang aku.
"Saya nak awak. Saya nak awak dalam hidup saya. Itu keputusan saya."
Jujur sahaja, aku sangat terkejut dengan kejutan yang aku terima ini.
Mendengarkan perkataan ini keluar dari mulutnya sendiri membuatkan jantung aku seperti mahu terkeluar dari dalam.
"Baekhyun, saya..."
Mata Baekhyun membesar sedikit. Mungkin risau yang aku akan memberikan jawapan yang mengecewakannya.
"Awak tak tahu selama ni saya berharap sangat awak cakap macam tu dekat saya. Tapi keadaan sekarang... Awak pun faham, kan? Sedikit rumit."
"Apa yang rumit?" Baekhyun membuatkan muka bingung. Dia tidak tahu apa-apa. Aku rasa Taeyeon juga tidak memberitahu kepadanya yang bekas kekasihnya itu hampir sahaja membelasah aku di shopping mall tadi. Aku menghela nafas berat.
"Awak baru sahaja putus dengan Taeyeon, saya sedang mengandungkan anak lelaki lain, dan apa awak rasa bekas kekasih awak fikir dan akan buat?"
"Apa?" Aku mengetap bibir dan meraup depan rambut aku ke belakang. Ya tuhan, mengapa dia terlalu lembab untuk menangkap maksud aku?
"Tak ada apa-apalah. Dengar, lebih baik kita jangan terburu-buru. Awak faham, kan? Kita boleh mulai hubungan baru semula dari fasa ke fasa seterusnya secara perlahan-lahan. Maksud saya, buat masa sekarang jangan anggap diri pasangan masing-masing sebagai seseorang yang sangat istimewa. Boleh?" Aku terpaksa menjelaskannya dengan lebih terperinci supaya Baekhyun faham kali ini. Aku tidak ingin Baekhyun meletakkan harapan tinggi kepada aku dan begitu juga aku. Baekhyun menipiskan bibirnya seperti sedang berfikir sebelum tersenyum.
"Awak okay, saya pun okay."
Aku menghela nafas lega. Aku sedaya upaya melonggarkan sweater di bahagian lengan aku dan melebihkannya sedikit keluar dari paras hujung jari aku supaya dapat melindungi tangan aku dari kesejukan.
"Sekarang, kita perlu bincang pasal awak." Aku dongakkan sedikit kepala aku untuk mencari wajah Baekhyun. Dia seperti perasan dengan keadaan aku yang sudah kesejukan. Tangannya didepangkan sedikit.
"Come here."
Aku yang masih tidak faham niatnya ingin berbuat begitu hanya menurut sahaja. Seperti ada magnet di tubuh Baekhyun sehingga aku terus merapatinya. Dalam masa tidak kurang sesaat, Baekhyun sudah menarik aku kedalam pelukan yang memberikan kehangatan di badan aku. Nafas lembutnya menyapa lembut di leher aku sehingga aku merasa selesa diperlakukan sebegini.
I was back where I belonged.
Walaupun Taehyung selalu berada di sebalik fikiran aku tetapi aku tidak ingin hati aku yang sedia terluka ini turut ada pada orang yang sama.
Baekhyun melonggarkan pelukan dan memandang aku dengan matanya yang sepet dan kecil. Mata yang bersinar gembira itu menatap aku dengan begitu lembut. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Budak kecik, bila saya boleh bawa awak dalam date yang rasmi?"
Aku menahan senyum. Kesejukan yang aku rasai tadi sudah hilang entah ke mana. Yang aku rasakan sekarang hanyalah kehangatan walaupun Baekhyun sudah melepaskan pelukannya.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)