Epilogue

4K 528 144
                                        


Aku melihat ke sekeliling airport. Mencari kelibat wanita yang hampir sahaja meninggalkan aku. Aku meraup rambut ke belakang sambil mata aku melilau sekeliling.

Mana, mana, mana?

Nafas aku tarik sedalamnya, mencuba untuk menenangkan diri aku. Aku lihat dengan teliti orang ramai yang duduk menunggu untuk pengumuman bagi penerbangan mereka berlepas. Pandangan aku jatuh pada seorang wanita berambut pendek yang memakai cap putih. Aku yakin dia ialah Hanah setelah melihat ada bayi di atas ribanya.

Aku mendekati Hanah dengan langkah yang tenang. Hanah tidak menyedari kehadiran aku kerana aku mendekatinya dari arah belakang. Kebetulan kerusi yang ada di belakang Hanah kosong, aku terus duduk di situ. Aku tak tahu aku perlu buat apa. Lidah aku kelu untuk mengatakan hasrat di hati aku padanya. Aku perhatikan saja Hanah mendakap Nahyun ke dalam pelukannya sehingga wajah Nahyun menghadap aku.

Aku tersenyum apabila Nahyun sepertinya mengenali aku. Dia turut mengukir senyuman. Tangannya yang mungil menumbuk kecil bahu Hanah. Timbul idea di benak aku. Aku berusaha buatkan Nahyun terhibur dengan mimik muka yang entah apa-apa. Rancangan aku berjaya bila Nahyun tergelak dengan tindakan aku. Hanah yang menyedari itu terus berpaling ke belakang. Matanya membesar.

"Taehyung.." Gumamnya perlahan. Aku melempar sebuah senyuman. Risau Hanah akan mengelak dari aku sejurus sahaja melihat kehadiran aku di sini.

"Hanah, jangan balik Korea." Pinta aku. Aku menghela nafas dan menatapnya sayu. Berharap agar Hanah membatalkan niatnya.

"Tak boleh. Saya kena pergi. Flight saya lagi 10 minit."

Aku menelan liur yang terasa kelat di tekak. Bibir aku ketap. Aku harus buat sesuatu supaya dia tak jadi untuk pergi ke Korea. Aku tahu itu cuma alasan dia. Bila aku biarkan dia pergi, dia tak akan pernah lagi munculkan diri di depan aku.

Tanpa berfikir panjang aku terus merebut Nahyun dari pelukannya. Hanah tersentak dan pantas bangkit, terkejut dengan tindakan aku. Aku menjauhi Hanah dengan Nahyun di dalam dukungan. Aku tahu Hanah tak akan pergi tanpa Nahyun. Sebab itu aku terpaksa buat begini.

"Taehyung awak dah gila ke?" Bentak Hanah masih dengan nada yang terkawal. Dia mengejar langkah aku dan cuba merebut semula Nahyun dari dukungan aku namun aku mengelak.

"Apa? Nahyun pun anak aku kan? Tak salah aku nak bawa dia pergi. Kalau kau nak balik Korea, balik sorang-sorang." Balas aku sambil memandangnya tajam. Hanah menggenggam penumbuk. Bila aku cuba untuk mempercepatkan langkah aku, Hanah pantas mencengkam jaket yang aku pakai. Langkah aku serta-merta terhenti.

"Saya ibu dia, Taehyung."

"Aku ayah dia." Aku masih tak mengalah. Hanah merengus kecil. Aku tersenyum kemenangan.

"Saya tak main-main, Taehyung. Tak lama lagi penerbangan saya akan berlepas dan saya kena bersedia sekarang." Ujar Hanah malas. Mungkin penat dengan perangai keras kepala aku.

"Saya pun tak main-main bila saya suruh awak jangan balik ke Korea, Hanah."

"Apa yang awak nak asalkan saya boleh balik ke Korea?" Soal Hanah. Aku muncungkan bibir dan membuat muka seolah-olah sedang berfikir. Hanah mengeluh.

"Cepat, Taehyung!"

"Okay, kau boleh balik ke Korea dengan syarat aku kena ikut sekali." Aku senyum sinis apabila mendapati reaksi terkejut di wajahnya. Pantas dia menggeleng. Aku menjungkitkan bahu.

"Suka hati kau. Aku dah bagi pilihan. Kau pergi Korea tanpa Nahyun atau kau pergi Korea dengan Nahyun dapat bonus dengan aku sekali ikut."

"Taehyung, please."

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now