Taehyung's POV
Bagaikan sebuah tamparan maha hebat menampar ke wajah aku. Aku masih tidak percaya dengan apa yang Jungkook jelaskan walaupun buktinya sudah nyata. Hanah memang kelihatan begitu naif seperti tidak mengetahui apa-apa apabila melihat aku tadi. Ada timbul sedikit rasa bersalah di hati aku.
Adakah aku begitu jahat menuduhnya bukan-bukan tadi?
"Aku mohon sangat dekat kau supaya jangan ganggu lagi hidup dia sekarang. Ingat, Taehyung. Kau punca dia jadi macam ni. Kau yang rosakkan hidup dia. Dia terlalu banyak kali terluka. Please, jauhkan diri kau dari dia."
Aku menatap mata Jungkook dengan lama. Pandangan tajam Jungkook sebentar tadi sudah bertukar kepada pandangan memohon aku supaya memahami kehendak dia.
Ya, semua ini salah kau Taehyung.
Aku melepaskan tangan Jungkook dan menjauhi dia sebelum mengangguk.
"Baiklah. Aku pun nak minta sesuatu daripada kau." Pinta aku.
"Apa dia?"
"Jaga Hanah baik-baik."
Aku terus berlalu meninggalkan Jungkook tanpa menunggu balasannya. Aku ingin membuang rasa bersalah yang menggunung di dalam hati aku ketika ini.
------------
Hanah's POV
Seminggu setelah kejadian pertemuan kali pertama aku dengan majikan aku hari itu, akhirnya kini aku dapat melihat perubahan pada majikan aku yang melayan aku lebih baik daripada sebelum ini walaupun aku masih tertanya-tanya apa motif dia menuduh aku hari itu.
Aku ingin bertanya kepada Yoojung, risau dia akan terfikir bukan-bukan.
Jungkook? Macam tidak kenal dengan lelaki itu. Mana mungkin dia akan menceritakan hal yang sebenar kepada aku.
Aku tahu dia menyembunyikan sesuatu tentang diri aku.
Aku sudah membuat pelbagai andaian sejak seminggu yang lalu. Apa yang aku fikir itu semakin membuatkan aku yakin dengan andaian yang aku buat.
Terutama sekali, aku tidak mengingat apa-apa tentang kejadian yang lepas. Aku masih ingat lagi memori terakhir aku adalah ketika aku berada di rumah orang tua Jungkook. Waktu itu ingatan aku seakan-akan kosong. Aku tidak mengingati apa-apa kejadian sebelum itu.
Kadang-kadang aku terfikir...
Adakah aku hilang ingatan?
Entah kenapa hati aku kuat mengatakan demikian. Kerana setiap kali aku cuba meminta Jungkook untuk menceritakan kejadian beberapa bulan yang lepas dia sedaya upaya mengelak dan mengubah topik.
Aku masih ingat lagi apa yang Taehyung pernah katakan pada aku hari itu.
"Jangan buat-buat naif, Hanah. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau larikan diri ke Amerika dengan Jungkook dan tinggalkan Baekhyun di Korea sana."
"Tak cukup dengan tinggalkan aku, sekarang kau tinggalkan Baekhyun pula? Sebab apa kali ini? Baekhyun pun tak sengaja bunuh anak dia macam yang aku buat dulu?"
"Kau tak pernah berubah dari dulu, Hanah."
Aku boleh sahaja membuat andaian Taehyung mungkin salah sangka dan tersilap orang. Tetapi apabila dia menyebut nama aku dan Jungkook, aku rasa dia tidak mungkin tersilap. Mustahil ada orang yang memiliki nama yang sama seperti kami berdua dan disebut dalam satu pernyataan yang agak mencurigakan sebegitu?
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)