Taehyung's POV
Aku terkedu mendengar kata-kata Hanah sebentar tadi. Dia.. mengandung?
Aku tahu aku tak sepatutnya rasa macam ni sebab sebelum ni aku langsung tak pernah kesah dengan mana-mana perempuan yang mengandungkan anak aku. Tapi kenapa aku rasa bersalah bila Hanah cakap macam tu tadi?
Dan satu lagi perkara bermain di minda aku.
Kejam sangat ke aku dengan perempuan sebelum ni?
------
Hanah's POV
Aku tak tahu dah berapa kali aku round keliling kolej ni. Lepas je habis kelas Physics tadi aku terus keluar dari kelas sebab Mrs Jane tak dapat masuk untuk kelas seterusnya dan kelas terpaksa ditangguhkan. Aku berhenti dari berjalan apabila kaki aku mula terasa lenguh. Udara aku hirup sedalam yang boleh. Mata aku meliar memandang padang yang luas dan kehijauan itu.
"Cik hati-hati!"
Baru sahaja aku menoleh, kepala aku dihentak dengan sesuatu objek. Pandangan aku berpinar-pinar dan aku jatuh ke atas rumput. Dahi aku berkerut menahan sakit di kepala aku. Telinga aku menangkap bunyi derapan kaki berlari mendekati aku.
"Ommo, m-mianhae. Cik— cik okey ke?!" Mata aku kecilkan bila sisa-sisa pening kerana hentakan tadi masih terasa. Aku dongakkan sedikit kepala aku untuk melihat manusia lahanets yang membaling bola itu kepada aku tadi.
"Cik, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja. Cik boleh bangun ke? Mari saya tolong." Samar-samar aku melihat seorang lelaki yang memakai uniform pemain bola sepak itu menghulurkan sebelah tangannya kepada aku. Lama aku memandang tangannya.
Entah kenapa tapi dalam fikiran aku mengatakan yang aku tak sepatutnya terpengaruh lagi dengan insan yang bernama lelaki. Aku tak boleh terima lagi apa-apa tawaran dari lelaki sejak berlakunya peristiwa yang menghancurkan hidup aku. Kejadian antara aku dan Taehyung buatkan aku sedar yang aku seharusnya jadikan perkara itu sebagai teladan supaya aku tak ulanginya lagi dikemudian hari.
Kornea mata aku mula terbiasa dengan kontras di sekeliling dan akhirnya aku dapat melihat wajah lelaki yang masih setia menunggu aku menyambut huluran tangannya. Wajahnya yang risau buatkan hati aku lembut seketika.
Tak. Tak boleh. Jangan cair lagi, Hanah.
Dengan pantas aku bangkit dari tanah dan stabilkan diri untuk berdiri. Aku kibas baju aku yang terdapat kotoran sebelum beralih memandang lelaki di hadapan aku. Lelaki itu menarik tangannya semula dan tersenyum kecil.
"Sakit lagi ke?"
Entah kenapa sama ada aku terbawakan hormon mengandung ataupun disebabkan aku masih panas hati dengan Taehyung, aku balas soalan dia dengan sinis disertakan jelingan maut dari aku.
"Em, sedap sangat. Sampai tergolek atas tanah sedap dia."
Telinga aku menangkap tawa kecil dari dia. Ewah ewah, ada aku suruh kau gelak ke?
"Maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak sengaja. Lagi pun Cik berjalan hampir dengan arena pemain."
"Em, yelah."
"Nama Cik siapa ya? Saya tak pernah nampak muka Cik dekat kolej ni. Student baru?" soal lelaki itu. Riak wajahnya langsung tidak menunjukkan bahawa dia terasa dengan sikap aku yang layan dia tak acuh.
Aku menjawab soalan dia dengan anggukan. Lelaki itu tersenyum lebar sehingga matanya mengecil. Senyuman dia buatkan hati aku lembut seketika.
Dia hulurkan tangan kanannya kepada aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/102398899-288-k505522.jpg)
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfiction"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...