29

4.7K 657 208
                                        

"Kenapa kau tak kejut aku malam tadi? Tengok apa dah jadi?"

Aku mencebik dan membiarkan Taehyung mengurut bahu dan kaki aku. Masa aku terjaga pagi tadi, aku rasa seluruh tubuh badan aku jammed. Tak dapat gerak langsung.

Nasib baik Taehyung masih ada dekat sebelah aku jadi senang sikit aku minta pertolongan dia walaupun dia penyebab badan aku kebas macam sekarang.

"Nasib baik bahu kau je, kalau aku tak sengaja tertindih perut kau macam mana?"

"Sudahlah tu. Sekarang saya okay, kan? Tak ada apa yang perlu dirisaukan."

"Sekarang kau okay. Buatnya malam tadi kalau aku tertindih perut kau, kau rasa kau masih hidup tak sekarang?"

Aku hanya mendiamkan diri. Makin aku bersuara, makin panjang jawapan dia. Sabarlah, Hanah. Buat-buat pekak sahaja okay?

"Lain kali jangan buat lagi. Jangan takut nak kejutkan aku. Aku tak makan orang." Aku mengangguk faham. Kepala aku masih tertunduk tidak ingin memandang dia.

"Dah okay?" Soal Taehyung. Aku angkat sedikit wajah aku dan gerakkan bahu serta kaki aku. Rasa selesa sikit berbanding tadi. Aku menjawab dengan anggukan. Taehyung bangkit dari sofa.

"Jom turun bawah. Aku buatkan omelette dengan susu suam."

Aku menurut sahaja dengan arahan Taehyung. Hampir sahaja carutan keluar dari mulut aku apabila rasa kejang itu menyengat lagi sehingga aku sukar untuk berjalan. Berkerut dahi Taehyung melihat aku.

"Kau okay tak?" Soal Taehyung. Aku mengangguk laju dan berusaha membuatkan langkah aku normal seperti biasa tetapi tetap sahaja cara berjalan aku nampak pelik. Taehyung menjulingkan matanya ke atas. Dia mendekati aku dan tanpa aku sangka dia terus mencempung tubuh aku tanpa meminta kebenaran aku terlebih dahulu.

"Cakaplah yang kau memang saja nak aku angkat kau macam ni." Aku menatapnya geram. Eleh, cakaplah kau memang saja nak ambil kesempatan dukung aku.

"Jangan pandang aku macam tu. Kau nak kita jatuh dekat tangga ni?" Aku cebikkan bibir dan pandang kearah lain. Pandang dada dia nanti dia fikir aku gatal pula.

"Punyalah berat macam badak." Keluh Taehyung sebaik sahaja menurunkan aku di hadapan meja makan. Sengaja dia tidak melayan pandangan maut aku. Nak sakitkan hati akulah tu.

"Anak siapa yang tambah berat kat badan saya? Anak awak juga kan?" Aku terlepas cakap tanpa aku sedar. Balasan aku seolah-olah kami pasangan suami isteri yang sah yang bakal mempunyai cahaya mata buat kali pertama. Taehyung menjeling kearah aku.

"Ya, anak kita." Taehyung sengih sinis. Aku diam dan buat-buat tak terkesan dengan apa yang dia katakan. Aku mengunyah omelette tanpa banyak cakap.

"Kelas kau mula pukul berapa hari ni?" Soal Taehyung. Omelette di dalam mangkuk dia kuis menggunakan sudu.

"Pukul 8." Balas aku tanpa memandang dia. Aku dengar bunyi sudu yang diletakkan didalam mangkuk menandakan bahawa Taehyung telah selesai makan.

"Kita gerak sama-sama."

Aku bulatkan mata dan luruskan kepala memandang dia tidak percaya. Hampir sahaja omelette di dalam tekak aku terkeluar semula kerana terlalu terkejut.

"Nanti apa orang kata-"

"Biarlah apa mereka nak kata. Mulut orang kita tak boleh tutup. Macam anjing." Taehyung memperlahankan suaranya di hujung ayat. Aku cerlungkan mata kearahnya.

"Tak baik cakap macam tu."

Taehyung mengeluh kecil.

"Yelah. Cepat makan lepas tu mandi. Tak lama lagi pukul 7 setengah. Kau boleh berjalan kan? Kalau tak kau-"

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now