18

6.2K 818 181
                                        

Apa angin dia chat aku?

Tak.

Apa masalah dia chat aku kan dia dah ada girlfriend buat apa nak chat aku siap puji-puji saja nak buat aku—

Fuh. Bawak bertendang, Hanah.

Jangan suka perasan mungkin dia saja nak berkawan.

Berkawan. Tsk.

Aku menatap lekat pada skrin telefon aku dan kelipkan mata beberapa kali. Masih terkejut dengan chat yang terpapar di skrin telefon aku itu.

Aku mengaku yang aku gembira bila dia chat aku rasa macam tubuh ini terbang ke bulan. Ewah over. Tapi separuh hati aku mahu untuk mencekik dia.

Sanggup dia endahkan aku untuk 3 bulan ni dan ambil keputusan untuk chat aku semula selepas dia dapat girlfriend? Apa maksud dia? Dia rindu aku atau saja nak sakitkan hati aku dan buat aku cemburu?

Aku menarik nafas sedalamnya dan berfikir apa respon yang patut aku berikan kepadanya. Kalau aku tak masuk chat dia tadi boleh biarkan dan buat-buat tak nampak. Ni dah terlanjur bagi bluetick. Tak nak reply rasa bersalah pula.

Aku rasa sakit hati sekarang. Hormon mengandung aku buatkan aku cepat rasa marah dan sakit hati. Jari aku menaip kasar pada keypad.

So you pretend I don't exist for 3 months and start dating someone else and NOW you decide to chat me? Interesting.

Acah omputeh sikit. Heol. Tapi aku memang suka taip guna bahasa Inggeris bila dalam keadaan marah. Anis pun sama. Em.

4 new messages.

Fuh dia nak spam aku ke apa ni.

Baekhyun:
There's something I've been meaning to say. I'm really sorry.

Eh eh ikut orang pula berspeaking.

Baekhyun:
Saya betul-betul tak tahu nak bagi reaksi macam mana bila saya dapat tahu pasal berita tu dulu.

Baekhyun:
Saya tak dapat tahan rasa kecewa saya. I'm really disappointed. Saya tak boleh terima. Saya harap yang saya boleh terima awak seadanya masa tu but I can't. Saya kecewa, Hanah.

Baekhyun:
Awak perempuan yang baik dan saya harap masa boleh diputarkan balik. Sepatutnya saya yang jumpa awak dulu. Saya jaga awak dan awak tak akan terlanjur dengan Taehyung.

Well, shit.

Kenapa aku rasa sebak.

Kenapa dia terlalu baik.

Sekelip mata perasaan marah aku berpudar diganti dengan rasa sedih.

Apology accepted. Saya pun harap benda yang sama.

2 new messages.

Baekhyun:
Yay, gomawoo.

Baekhyun:
Mungkin saya melebih, tapi saya betul-betul rindukan awak.

Ohmygod.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now