Hanah's POVAku tak sedar berapa lama aku pandang Baekhyun tanpa berkelip sehingga mata aku terasa pedih dan berair. Aku tersentak apabila Baekhyun memandang wajah aku dengan senyuman dan mula mengorak langkah mendekati aku. Dia membetulkan bow di lehernya dan berhenti tepat didepan aku.
"Hai." Baekhyun menyapa bersama senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya. Aku tundukkan pandang aku apabila tersedar yang aku tidak berhenti memandangnya dari tadi. Aku memandangnya semula dan membalas senyumannya.
"Hai. Erm, cantik costume awak." Aku membalas. Baekhyun menunduk sedikit melihat pakaian yang tersarung ditubuhnya dan tergelak kecil. Pandangannya jatuh pada aku semula.
"Biasa-biasa je saya nampak. Costume awak yang nampak cantik dan- erm.. Sexy."
Pipi aku merona. Aku menahan nafas dan sedaya upaya kecilkan badan aku supaya costume mummia aku tidak terlalu melekat pada tubuh. Pandangan Baekhyun jatuh pada costume aku seketika namun segera dia memandang ke tempat lain dan menggosok belakang tengkuknya. Dia berdehem.
"Hai Baekhyun!" Suara Hyeora dari arah belakang aku membuatkan suasana kekok kami hilang. Baekhyun segera mengangkat muka dan memandang Hyeora dengan senyuman.
"Hyeora. Jimin mana?" Soal Baekhyun. Aku mengambil kesempatan untuk merenung setiap sudut wajahnya. Rupanya dia turut meletakkan makeup seperti Harley Quinn pada wajahnya. Pandangannya tajam kerana eyeliner yang dipakainya. Bibirnya kemerah-merahan seperti dioles dengan lipstik atau pelembap bibir walaupun sebenarnya dia tidak memakai kedua-dua benda itu.
Sesekali dia mengemam bibir dan menggigit bibirnya. Aku tahu itu salah satu dari habitnya. Sebab itu bibirnya kelihatan kemerah-merahan.
"Takpe kan kalau saya tinggalkan Hanah dengan awak sekejap? Saya percaya yang awak tak akan berniat buruk untuk apa-apakan dia. Right?" Telinga aku menangkap sedikit perbualan Hyeora dan Baekhyun. Kejap, diorang berbual apa dari tadi? Dan kenapa ada nama aku dekat situ?
"Err.. Excuse me?" Aku menyampuk dan kerutkan dahi. Serentak Baekhyun dan Hyeora memandang aku.
"Korang berdua bincang pasal apa dari tadi?" Soal aku. Hyeora membuatkan muka pelik.
"Kau tak dengar apa yang aku cakap dengan dia dari tadi?" Lambat-lambat aku menggeleng. Hyeora menghela nafas.
"Mengelamun je kerja kau ni kan."
"Hyeora tinggalkan awak dengan saya sekejap. Dia nak pergi tempat Jimin katanya. Kalau awak okey, saya pun okey." Baekhyun segera mengulang semula apa yang mereka bicarakan. Hyeora mengangguk kecil dengan kata-kata Baekhyun.
"Oh. Urm, kalau kau nakkan privacy, aku tak ada pilihan lain kan?" Kata aku. Hyeora tersengih. Aku mengangkat bahu.
"It's okey. Aku faham. Pergilah."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...