38

4.8K 655 104
                                    

Happy 100k reads! Thankyou so much! ❤️

---------

Taehyung's POV

Aku sedikit tersentak apabila jari lembut itu mencuit dagu aku. Kepala aku dongakkan sedikit memandang Yoojung yang datang bersama pinggan yang berisi sandwich.

"Kenapa muka muram semacam hm?" Soal Yoojung usai duduk bertentangan dengan aku. Aku melepaskan keluhan dan menatap Yoojung untuk beberapa saat.

"Saya kena outstation untuk dua hari ni. Sayang baru je balik tapi saya pula yang kena outstation sekarang. Menyampah pula." Yoojung tersengih kecil mendengar rungutan aku. Kepalanya digelengkan.

"Awak kena fikir pasal kerja juga untuk kebaikan keluarga kita. Tanggungjawab sebagai seorang lelaki, anak, suami dan bakal appa memang berat." Balas Yoojung.

"Saya takut nanti bila kita dah ada anak kita tak ada masa dengan mereka sebab sibuk memanjang." Balas aku pula. Aku melihat Yoojung yang menyisip sedikit teh sebelum menjawab pernyataan aku.

"Sekarang kita tak ada anak lagi, kan? Fokus dekat kerja dulu. Lagipun kontrak modelling sayang tak lama. Lepas kontrak dah tamat, sayang jaga anak kita sepenuh masa kat rumah. Arra?" Tegas Yoojung. Aku menahan senyum dan cuma mengangguk sebagai balasan. Baru sahaja aku ingin menyuap sandwich, tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran aku.

"Sayang."

"Ya?" Sahut Yoojung.

"Sayang free tak hari ni?" Soal aku. Yoojung jeda seketika seperti sedang berfikir. Mungkin cuba mengingat semula schedulenya.

"Free rasanya. Irene unnie tak ada pula call awal pagi macam selalu. Kenapa?"

"Boleh tak sayang kendalikan tugas dekat pejabat? Tak susah pun. Hari ni interview pekerja baru je. Pandai-pandailah sayang pilih mana yang sayang suka." Jelas aku menyerahkan tugas aku kepadanya.

"Sayang nak reject perempuan jelah." Aku tahu Yoojung sekadar bergurau.

"Ish, mana boleh. Tengok dari kepakaran yang dia ada juga."

"Hm, yelah." Aku tersenyum puas mendengar balasan Yoojung. Mujur Yoojung bukan seorang yang kuat cemburu. Kalau tidak, entahlah apa yang akan berlaku dengan rumah tangga kami. Roboh rasanya.

"Sayang bersiap cepat. Interview set pukul 9. Jangan lambat pula." pesan aku. Yoojung mencebik. Namum dalam masa sesaat, senyuman kecil terukir dibibirnya sebelum dia membuat tabik hormat kepada aku.

"Baik tuan."

Aku menggeleng-geleng apabila Yoojung berkata begitu. Ada-ada sahaja wanita ini.

-------

Author's POV


"Kalau dia tanya apa-apa soalan tentang kau yang pelik-pelik dan kau tak tahu nak jawab apa, jangan memandai nak bagi jawapan okay. Jawab sahaja yang kau tak tahu apa-apa. Kalau ada apa-apa, call aku tahu?" Hanah mengangguk. Jungkook tersenyum kecil lalu mengangkat sebelah tangannya yang digenggam sambil mulutnya bergerak membisikkan 'fighting'.

Tanpa membuang masa Hanah keluar dari perut kereta lalu memasuki bangunan syarikat yang cukup terkenal tersebut. Selepas bertanya di mana temuduga dilakukan kepada pekerja yang bertugas, Hanah memasuki lift lalu menekan butang tingkat nombor 5.

Buka sahaja pintu lift tersebut, serta merta jantung Hanah berdegup laju. Tangannya yang terasa dingin kerana pendingin hawa di pejabat ini makin terasa dingin kerana rasa gemuruh yang menerpa dirinya.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now