13

6.6K 797 115
                                    

Tidur aku terganggu apabila pantulan cahaya berwarna merah memancar ke wajah aku. Aku cuba untuk gerakkan sedikit badan aku. Pipi aku terasa panas kerana tidur disini sejak petang tadi. Cahaya merah tadi bertukar kepada warna biru.

Kejap.

Ini bukan ke warna lampu dekat kereta polis tu?

Aku terus bangun dan mencari darimana datangnya cahaya tersebut. Tiba-tiba dua orang manusia dengan lengkap berpakaian seragam polis menerpa kearah aku dan Taehyung. Taehyung masih tertidur.

"Hanah Lee?" soal seorang anggota polis perempuan itu. Aku menjadi cuak. Macam mana dia tahu nama aku? Kenapa polis cari aku ni?

Taehyung yang berasa tidurnya terganggu itu merengek kecil dan menggosok matanya. Matanya dibuka seluasnya apabila dia melihat dua orang anggota polis berdiri di hadapan kami. Dengan pantas dia berdiri.

"Apa kamu berdua buat dekat sini?" soal seorang anggota polis lelaki yang berdiri disebelah polis perempuan itu.

"Err.. Kami berehat tadi. Kami tak sengaja tertidur." Aku menunduk. Jangan cakap yang kami ditangkap basah. Lels.

"Kamu tak tahu ke peraturan dekat kolej ni? Peraturan untuk pelajar kolej ni pelajar cuma boleh berada didalam kolej ni sehingga jam 11. Sekarang dah pukul 5 pagi Hanah."

What the- pukul 5 pagi?!

Semalaman aku tidur dekat taman ni? Dengan Taehyung?

"Kami boleh tangkap kamu berdua atas kesalahan melanggar peraturan kolej. Kamu berdua juga akan dikenakan denda."

"Tak. Please, maafkan kami. Kami betul-betul tak sengaja. Tolonglah jangan tangkap kami." kata aku. Kedua-dua tapak tangan aku rapatkan sebagai tanda memohon. Aku lihat Taehyung yang selamba mengeluarkan rokoknya dan membakar rokok itu lalu diselitkan di antara bibirnya.

Polis perempuan yang bernametag Seohyun itu melepaskan keluhan melihat kelakuan Taehyung.

"Kim Taehyung, nama kamu banyak tercatat dalam kes salahlaku kolej. Kamu ingat kamu ni kaya jadi kamu boleh buat apa-apa dekat kolej ni sesuka hati kamu?" kata Inspektor Seohyun. Taehyung gelak sinis dan menghembus asap rokok dari mulutnya. Rambutnya diraup ke belakang.

Dia nak goda inspektor ni ke apa.

"Inspektor, ini kesalahan kecil aje. Kami tertidur. Bukannya kami sengaja. Lepas kami tengok perlawanan bola semalam kami berehat kejap dekat sini. Tak sangka pula tertidur. Takkan ini pun boleh jadi faktor kami berdua ditangkap?" balas Taehyung. Kedua-dua inspektor itu menggeleng melihat perangai selamba badak Taehyung.

"Disebabkan Hanah ada, kami maafkan kesalahan kamu kali ni. Lain kali kami tak akan teragak-agak bawa kamu ke balai. Hanah, saya hantarkan kamu balik. Omma kamu yang arahkan saya untuk cari kamu." ucap Inspektor Seohyun. Aku mengangguk perlahan.

"Terima kasih."

Masuk sahaja dalam perut kereta, Taehyung kembali ke perangai dia yang asal. Dingin. Dia langsung tak tegur aku. Dia betul-betul maksudkan ke apa yang dia cakap dekat aku semalam? Kenapa pula hari ni dia dingin macam selalu?

Fakehope?

Tsk.

Aku dah agak.

------


"Hanah kamu dari mana hah?! Kenapa tak balik semalam? Omma call tak angkat, mesej tak reply. Sampai omma buat laporan polis tahu?!" Omma terus menyergah sebaik sahaja aku melangkah masuk ke rumah.

"Puan, saya jumpa anak puan tertidur dekat taman di luar stadium bola sepak dengan Kim Taehyung." jelas Inspektor Seohyun yang mengiringi aku masuk kedalam rumah.

"What? Hanah kamu tak tahu ke keluarga Kim tu pembawa masalah? Kenapa kamu dengan dia pula?" soal omma dengan keras.

Omma kenal keluarga Taehyung? Macam mana omma boleh tahu?

"Err, puan saya minta diri dulu." Omma mengangguk. Inspektor Seohyun terus melangkah meninggalkan aku dan omma.

"Omma tak nak kamu bergaul dengan keluarga Kim tu lagi. Cukuplah kamu dah ada masalah besar sekarang. Tak payah nak tambah masalah lagi." kata omma. Pandangan tajamnya bagaikan menembusi mata aku.

Kalaulah omma tahu Kim Taehyung tulah appa kepada bayi dalam kandungan aku.

"Omma hampir tinggalkan kerja omma sebab risaukan kamu tahu. Janganlah buat omma risau lagi." Suara omma mengendur. Dia memicit dahinya. Aku menunduk.

"Mianhae omma."

"Dah dah. Pergi bersiap, tak lama lagi kamu kena pergi kolej." ujar omma. Dia terus keluar meninggalkan aku sendirian di ruang tamu. Aku mengeluh.


-------

"Macam mana date kau dengan Baekhyun semalam? Okey? Excited benor kau date dengan dia sampai tinggalkan aku. Tak bagitahu pula tu."

Aku ketawa kekok. Kami duduk disalah satu kerusi panjang di luar kolej. Minuman cup di tangan aku pandang lama.

"Sebenarnya aku tak keluar pun dengan Baekhyun. Aku.. keluar dengan Taehyung."

Hyeora pandang aku tak berkelip.

"Are you kimbap kidding me?"

"No."

"Buat apa kau keluar dengan jantan tak guna tu?" soal Hyeora geram. Aku menggosok belakang tengkuk.

"Dia minta aku bagi dia peluang. Aku bagi jelah. Dia sanggup berubah demi kebaikan baby kami." kata aku. Aku nak tunjukkan dekat Hyeora apa yang orang katakan mengenai diri Taehyung selama ni salah. Hyeora merengus kecil.

"Bagi peluang kepala otak dia. Kau percaya sangat ke? Kau sanggup cancel plan kau untuk keluar dengan lelaki yang jauh lebih baik demi Taehyung? Kau gila ke Hanah?" Hyeora masih menunjukkan ketidaksukaannya terhadap Taehyung.

"Lagi gila kalau aku tak bagi dia peluang demi anak aku."

"Lets see, kau rasa dia betul-betul maksudkan ke apa yang dia cakap dekat kau? Kau tengok tu." Hyeora menjuihkan bibirnya kearah luar kolej. Pantas aku menoleh. Mata aku menangkap figura Taehyung yang sedang berbual dengan Yeonji. Muka dia nampak tegang.

"Dia bercakap dengan Yeonji pun salah ke?" soal aku seraya memandang semula kearah Hyeora. Hyeora mengetap bibirnya. Dia merengus.

"Suka hati kaulah Hanah."

Telinga aku menangkap suara beberapa orang pelajar yang sibuk bergosip. Aku tak kisah kalau diorang bergosip tapi kenapa diorang pandang aku? Aku pandang sekilas kearah Taehyung. Muka dia merah dan tegang. Dia macam tengah bergaduh dengan Yeonji. Yeonji pula sesekali mengerling kearah aku dan Hyeora.

"Hyeora, diorang gosip apa tu? Kenapa diorang pandang sini semacam?" Aku memandang Hyeora yang ralit memandang skrin telefonnya.

"Hanah, aku rasa kau patut tengok ni." Hyeora menyerahkan telefonnya kepada aku. Aku menyambut dan membaca artikel pada laman facebook yang ditunjukkan oleh Hyeora.

Latest Gossip

Pelajar baru kolej kita, Hanah Lee, disahkan mengandung anak kepada pelajar terkenal di kolej kita, Kim Taehyung.

What. The. Fkcuck.



--------

--------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now