31

5.5K 659 242
                                        

warning: 16+ HAHA k sorry tak update last week huehue aku busy masa tu dan em em nah cheesy chapt 😛

--------

"Dah okey?" Soal aku seraya melekapkan belakang tangan ke dahi Taehyung. Taehyung yang sibuk mengunyah ramen pantas mengalihkan tangan aku. Wajah aku dipandang tajam. Bad mood nampak.

"Psh. Bad mood mengalahkan perempuan datang bulan." Perli aku. Jelingan aku hadiahkan kepadanya.

"Ni bukan setakat bulan yang datang. Matahari, pluto, marikh semua sekali datang. Baik kau tutup mulut kau. Aku tak suka orang banyak cakap masa aku makan." Balas Taehyung. Wah, tepat menusuk ke hati aku kata-katanya itu.

"Hm." Gumam aku. Hilang selera aku makan kerana layanannya yang agak kurang sopan. Kalau ya pun tak suka, janganlah cakap macam tu. Tegur baik-baik. Dia ingat hati aku ni beku macam hati dia?

"Aku tahu apa dalam otak kau." Kata Taehyung tiba-tiba. Aku hanya mengendahkan kata-katanya. Biarkan. Biar dia rasa bersalah.

"Hanah."

"..."

"Hanah, aku panggil kau ni. Jangan buat aku macam tunggul."

"..."

Telinga aku menangkap bunyi kerusi yang ditolak kasar. Taehyung yang tadinya berada bertentangan dengan aku melangkah kearah aku. Aku buat tidak tahu dan terus menyambung sesi kunyahan aku.

Hampir tercabut jantung aku apabila kerusi yang aku duduki ditarik ke belakang sebelum dipusingkan menghadapnya. Taehyung ni nak bagi aku mati ke macam mana?

Baru sahaja aku ingin menghamburkan kemarahan aku kepada Taehyung, wajah seriusnya yang begitu dekat dengan wajah aku membantukan niat aku sebentar tadi. Kedua-dua tangannya ditekankan ke meja makan di belakang aku membuatkan tubuh aku terperangkap di tengah-tengah.

Matanya yang sedia tajam itu ditajamkan lagi membalas tatapan mata aku. Sistem respirasi aku bagaikan tidak berfungsi waktu ini.

"Kau dah bisu ke sampai tak reti menjawab bila aku panggil?" Soal Taehyung dengan suara rendahnya. Aku menggeleng perlahan. Taehyung tersenyum senget lalu berdecit.

"See? Kau tak keluarkan suara pun." Senyuman senget Taehyung perlahan-lahan pudar. Pandangannya sekarang sungguh menyeramkan.

"Aku tak nak buat benda ni tapi perangai kau buat aku geram sampai aku terpaksa buat."

Dahi aku berkerut seketika. Otak aku cuba memproses ayatnya. Okey, aku tak faham. Lama aku berfikir sebelum sesuatu yang lembap menyentuh bibir aku. Aku fikir dia cuma melekapkan sahaja bibir kami, tetapi sebaliknya berlaku. Bibirnya mengurut lembut bibir aku sehingga perisa ramen pedas yang baru sahaja dimakannya terasa di mulut aku.

Aku terkaku. Entah apa yang patut aku fikirkan atau lakukan saat ini. Aku cuma diam tanpa menghalang ataupun membalas perbuatannya.

Taehyung menjauhkan bibir kami. Tanpa sepatah kata, dia terus meninggalkan aku dan naik ke atas. Aku ditinggalkan terpinga-pinga.


--------

"Dari tadi kau tenung ramen aku. Kau nak ke?"

Aku tersentak apabila suara Hyeora menyapa pendengaran aku. Wajahnya dan ramen yang terhidang dihadapannya aku pandang silih berganti. Aku menggeleng.

"Taklah." Aku menyambung memakan salad. Salad? Ya, salad. Natang hijau yang dipanggil sayur-sayuran. Bukan kehendak aku untuk makan benda hijau ni tapi Hyeora yang paksa.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now