Hanah's POV
Aku mengemas buku nota aku di atas meja sebelum merasakan telefon aku bergetar didalam poket seluar jeans aku. Aku mengambil telefon aku dan melihat mesej yang masuk.
Baekhyun:
Petang ni saya ada perlawanan bola. Saya harap awak datang supaya saya bersemangat sikit huehue.
Aku tersenyum kecil. Jari aku pantas membalas mesejnya.
Of course saya datang. Saya nak jumpa awak.
Jangan salah faham. Aku tak ada apa-apa hubungan yang istimewa dengan Baekhyun setakat ni. Cuma aku dengan Baekhyun kerap keluar bersama-sama sehingga beberapa pelajar di kolej ini menyoalkan tentang hubungan kami. Aku dan Baekhyun masih dalam proses menyelesakan diri masing-masing. Baekhyun pun tak nak terburu-buru. Dia faham kalau aku belum bersedia untuk terima dia.
Ya. Baekhyun dah luahkan perasaannya terhadap aku beberapa hari yang lepas. Pada mulanya aku sedikit tidak suka dengan lamarannya itu. Bukan sebab apa, dengan keadaan aku yang- erm. Aku tak berani lagi bagitahu dia pasal ni. Macam mana kalau dia tolak aku? Aku belum bersedia untuk menerima penolakannya.
Aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitahu dia.
Saya pun nak jumpa awak ♥ Lepas game tamat nanti kita keluar ek?
Okey ;)
Orang bodoh je yang akan tolak lelaki baik macam Baekhyun. Baekhyun full pakej okey. Semua dia ada. Tipulah kalau aku kata aku tak tertarik dengan dia. Kadang-kadang aku tak faham perasaan aku, ada masanya aku ingin bersama Baekhyun. Tapi bila difikirkan semula, aku pun teringin bersama Taehyung memandangkan dia appa kepada anak yang aku kandungkan.
Tapi dengan perangai Taehyung sekarang layak ke dia jadi appa kepada anak aku?
Tapi kalau aku dengan Baekhyun pun, boleh ke dia terima kenyataan yang aku mengandung?
Patut ke aku tolak kedua-dua lelaki ini dan teruskan hidup aku dan jaga anak aku seorang diri tanpa seorang suami?
Aku tak nak anak aku hidup tanpa appa.
Aku bingung.
"Sibuk bermesej dengan siapa? Taehyung? Atau Baekhyun?" Aku segera mendongak apabila mendengar suara seorang perempuan yang cukup aku kenali. Yeonji.
Aku baru perasan kelas ni dah kosong. Tinggal aku dan Yeonji dalam kelas ni.
"Bukan hal kau." Aku menyimpan telefon aku kedalam poket sebelum berdiri dan mencapai beg.
"Jauhkan diri kau dari Taehyung. Aku tak suka."
Mata tajam Yeonji tajam menikam kedalam mata aku. Tak masalahnya yang dia nak panas ni kenapa? Bila masa aku berkepit dengan Taehyung pula? Aku selalu keluar dengan Baekhyun tak pun Hyeora je.
"Aku tak ada masa nak berkepit dengan lelaki tu. Bercakap pun tak. Kau nak ambil dia aku tak kisah. Bukan hal aku." Entah kenapa aku rasa sedikit terluka dengan kata-kata aku di akhir ayat.
Taehyung hal aku sejak benih dia ada di dalam rahim aku.
Yeonji tergelak kecil. Sinis.
"Jarang berkepit tapi kenapa tiba-tiba kau boleh bunting anak dia pula? Macam mana anak tu boleh ada dalam perut kau kalau kau tak berkepit dengan dia hm?" Mata aku membulat. Yeonji memandang aku dengan senyuman sinisnya. Senyuman kemenangan.
Aku rasa nak mencarut sekarang.
Macam mana dia boleh tahu pasal kandungan aku?
"Lain kali kalau bercakap pasal hal yang rahsia sangat tu tolong kawal suara. Nak simpan rahsia konon tapi bergaduh dengan Taehyung hari tu tak kisah langsung suara bergema dalam dewan tu. Nasib baik ada aku je masa tu, kalau orang lain dengar silap hari bulan kau dibuang dari kolej ni."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️
Fanfic"Every girl wants a bad boy who will be good just for her." Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
![[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️](https://img.wattpad.com/cover/102398899-64-k505522.jpg)