20

6.4K 748 372
                                    

--------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




--------

Taehyung tergamam. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya.

"A-Apa maksud kau mengandung?" soal Taehyung. Yeonji merengus kecil mendengar soalan bodoh Taehyung itu.

"Awak rasa apa maksud saya?" soal Yeonji semula. Matanya tajam menikam mata Taehyung yang jelas masih kebingungan.

"Ada fetus yang membesar dalam rahim saya dan fetus ini berasal dari sperma awak dan ovum saya. Faham?" Yeonji sengaja menyelitkan nada menyindir diayatnya. Rambut perangnya yang ada di depan bahunya di tolak ke belakang kemudian dia berpeluk tubuh menghadap Taehyung.

"Bodoh takkanlah aku tak pakai protection—"

"Awak mabuk masa tu Taehyung, awak tak pakai protection." Potong Yeonji.

"Sebelum awak fikir yang awak akan tinggalkan saya, awak kena fikir apa yang awak dah lakukan terhadap saya. Saya tak akan teragak-agak untuk beritahu pasal ni dekat seluruh kolej dan saya akan buat keluarga saya saman keluarga awak atas perbuatan awak ni."

Taehyung sengih sinis. Matanya memandang sekeliling seketika sambil tangannya mengelus hujung hidung yang terasa gatal. Keningnya dinaikkan dan matanya membalas pandangan Yeonji.

"Kau ugut aku, Yeonji?" soal Taehyung keras. Yeonji melemparkan riak wajah yang tenang tanpa rasa bersalah dan takut akan kemarahan Taehyung yang boleh meletus pada bila-bila masa.

"Saya cuma nak ingatkan awak yang saya pun boleh buat hidup awak sengsara. Saya tak minta lebih pun, cukup dengan awak jaga saya dan baby ni sampai saya melahirkan. Bagi baby ni kasih sayang. Awak faham maksud saya.."

Yeonji menarik nafasnya.

"Kahwin dengan saya."

--------

Aku masuk ke kelas Fizik dan mengesan di mana tempat Hyeora sedang duduk. Sebaik sahaja aku melihat dia, aku terus mendekatinya. Banyak benda yang aku nak cerita.

Sejak dari pintu kelas sampai aku berada di hadapan meja, Hyeora masih tidak berhenti dari menatap skrin telefonnya. Riak wajahnya membuatkan aku risau. Dia seperti... gelisah.

"Hyeora." tegur aku bagi menyedarkan dia tentang kehadiran aku. Hyeora cepat-cepat mengangkat wajahnya untuk memandang aku.

"Oh, Hanah... Aku tak perasan kau kat situ."

Aku senyum kekok. Dia tak nampak macam selalu. Wajah dia sugul.

"Kau okey ke? Kenapa eyebag kau makin teruk ni?" soal aku. Hyeora membulatkan matanya seketika sambil menyentuh bawah matanya. Tapi kesan lebam di bawah matanya itu bukan seperti eyebag. Ianya kelihatan seperti lebam dipukul.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now