45

3.3K 526 122
                                        

Seokjin menatap aku lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seokjin menatap aku lama. Pengakuan aku sebentar tadi membuatkan dia berfikir lama sebegitu. Mungkin tidak percaya bahawa aku hilang ingatan.

"Awak takkanlah tak percaya apa yang saya cakap? Awak tak perasan reaksi saya tadi masa awak cerita semua tu?" Soal aku lagi berharap agar dia mempercayai aku. Seokjin menggosok lembut hidungnya sebelum menegakkan posisi duduknya menghadap aku. Kedua-dua belah tangan saling meramas antara satu sama lain dengan keadaan siku ditongkatkan pada permukaan meja.

"Okay, saya percaya. Tapi kenapa awak masih kenal diri awak? Kenapa awak ada dekat sini? Siapa yang jaga awak?" Soal Seokjkn bertubi-tubi. Aku menarik nafas lalu menghembus perlahan.

"Saya cuma kenal diri saya lepas dibantu. Tapi tentang masa lalu apa semua saya tak ingat. Selama ni saya berada di Amerika sebab terima rawatan di sana dan orang yang jaga saya tu Jungkook. Saya pulang Korea semula sebab urusan kerja, company saya pilih Korea untuk lokasi penggambaran kami. So, yeah.."

"Jungkook?" Seokjin bertanya dengan mata yang membulat. Aku menjawab dengan anggukan.

"Jungkook tak bagitahu apa-apa pasal diri awak? Apa yang jadi dekat awak dulu?" Aku mengeluh.

"Ya. Dia tak pernah bagitahu saya apa-apa. Setiap kali saya tanya, dia mesti cakap yang saya tak perlu ingat semua tu sebab tak ada benda menarik pun yang perlu diingat. Tapi lepas berjumpa dengan majikan saya, Taehyung, reaksi dia lain semacam. Bila saya tanya, dia mengelak. Mula dari situ saya syak sesuatu terjadi sebelum saya hilang ingatan." Jelas aku. Seokjin menggaru dagunya. Tubuh disandarkan pada kerusi.

"Pelik. Setahu saya Taehyung dan Jungkook dulu berkawan baik. Oh, Jungkook sukakan awak ya?" Teka Seokjin. Aku cuma mengangkat bahu. Seokjin memuncungkan bibirnya.

"Boleh tak awak tolong ceritakan semuanya dekat saya? Please. Saya tak suka tertanya-tanya macam ni. Semua orang berahsia dengan saya." Aku merayu padanya. Seokjin mengerling aku sekilas. Dia berdehem sebelum menggangguk kecil membuatkan senyuman kecil terbit di bibir aku.

"Dulu awak ni student baru yang dipindahkan ke kolej kami. Kebetulan masa tu birthday Jennie tak silap saya, dan awak jumpa kawan baru awak iaitu Hyeora dan dia ajak awak untuk pergi ke birthday party Jennie. Dekat party tu, awak berkenalan dengan Taehyung termasuk saya dan Jungkook sekali. Jungkook dan saya bersepakat untuk tinggalkan awak berdua dengan Taehyung sebab yeah... Taehyung dulukan playboy. Mana tahu awak sangkut dengan dia. Tapi saya tak sangka pula awak dengan Taehyung ter... Hm.." Seokjin mengusap belakang lehernya. Aku mengangkat kening. Seokjin menghela nafas.

"Tidur dengan perempuan tu biasalah. Taehyung selalu buat macam tu dengan mana-mana perempuan. Tapi yang saya tak sangka bila dia tak sengaja buat awak mengandung. Dia cuai sebab tak pakai err... Awak fahamkan?" Aku mengangguk segan.

"Bila awak bagitahu yang awak mengandung, dari situlah macam-macam yang berlaku. Dan masa tu juga perkara yang sama berlaku dekat Jungkook. Dia ada anak kan?" Soal Seokjin. Aku mengiyakan.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now