39

4K 530 109
                                        

Hanah's POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hanah's POV

Ya tuhan.

Apa yang baru saja aku lakukan?

Entah seton mana yang mendorong diri aku sehingga aku dengan beraninya mencium lelaki ini.

Lelaki ini, Jeon Jungkook.

Fuck.

Apa yang kau fikirkan, Hanah?

Aku menjauhkan wajah aku dengannya. Jungkook dengan matanya yang sedia bulat bertambah bulat memandang aku tanpa berkelip. Mulutnya terbuka sedikit seperti ingin berkata sesuatu namun tiada satu pun yang berjaya keluar dari mulutnya.

"Ma.. Maaf." Kata aku. Aku tidak tahu sama ada Jungkook mendengarnya atau tidak kerana suara aku keluarkan bagaikan angin. Namun dengan jarak kami yang begitu dekat aku rasa dia dapat menangkap kata-kata aku.

"Hanah.. Kau.." Jungkook menjedakan ayatnya. Dia seperti berat hati untuk meneruskan kata-katanya. Matanya menatap mata aku bagai meminta pengertian agar aku dapat meneka ayat seterusnya yang ingin dia lontarkan.

"Aku tak bermaksud untuk cium kau. Aku tak sengaja. Tapi aku pun tak tahu apa motif aku cium kau. Aku bukan ambil kesempatan. Haish, macam mana nak bagi ayat ek?" Aku menggaru dahi agar wajah aku terlindung dari penglihatan Jungkook. Terasa tangan Jungkook menarik lembut tangan aku yang mengganggu pandangannya untuk menatap wajah aku. Mata aku mengecil melihat bibirnya yang cuba menyembunyikan senyuman.

"Aku faham." Balas Jungkook. Sesekali aku melihat matanya mencuri pandang kearah bibir aku. Ingin sahaja aku mencungkil mata bulat yang comel itu.

"Hanah, boleh aku.."

"Apa?"

Cup!

Sekilas.

Walaupun cuma sekilas tapi aku tetap terkejut dengan tindakan dia. Mata aku membulat besar. Berani-beraninya dia...

Tahi sungguh kau, Jeon Jungkook.

------

Sejak peristiwa memalukan itu aku jarang memulakan perbualan dengan Jungkook. Biasanya aku yang menunggu dia untuk bersuara. Tapi yang kurang ajarnya apabila Jungkook memulakan perbualan berbaur usikan tentang perkara itu.

"Kau masih malu sebab cium aku?"

"Aku masih tertanya-tanya kenapa kau cium aku."

"Apa maksud ciuman kau itu?"

Malu tahap darah naik ke kepala sehingga menghancurkan segala sistem saraf yang berhubung pada otak aku. Aku tidak pasti sama ada dia mempunyai otak atau apa. Apa dia tidak malu kerana turut mencuri-curi untuk cium aku?

Oh. Dia tidak mempunyai kemaluan.

Psh.

"Hari ini kau habis kerja pukul berapa?" Soal Jungkook serta-merta apabila melihat aku yang tergesa-gesa membuka pintu kereta. Pergerakan aku terjeda seketika. Menganalisis soalan yang mudah sahaja pun aku mengambil masa yang lama. Nampak tak implikasi Jungkook dekat aku tu macam mana?

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now