43

3.1K 479 54
                                        

Jimin melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang dihadiahkan oleh appanya untuk dia dan Hyeora

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang dihadiahkan oleh appanya untuk dia dan Hyeora. Selama Jimin sibuk bekerja sebagai seorang photographer terkenal, memang dia banyak mendapat tawaran lumayan di Amerika berbanding Korea. Sebab itu appa Jimin berniat membelikan mereka rumah di Amerika walaupun mereka sudah mempunyai rumah di Korea yang dibeli oleh Jimin sendiri.

Beg yang disandang pada bahu diperkemas di sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya bergerak membuka kasut dan stokin lalu di simpan ke dalam rak kasut. Matanya melilau mencari kelibat seseorang yang dirinduinya.

Haih, mesti dia dah tertidur.

Tanpa membuang masa Jimin terus menaiki tangga menuju ke bilik tidur mereka. Pintu berwarna dusky pink itu menyapa matanya lalu dengan segera tombol pintu itu dipulas. Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja figura insan yang dicarinya itu terlena dengan nyenyak di atas katil bersama seorang lagi malaikat kecil yang disayanginya.

Beg sandang diletakkan pada sofa yang terletak di penjuru bilik mereka lalu Jimin mengatur langkah mendekati kedua-dua manusia tersebut. Punggung dilabuhkan dengan perlahan di birai katil agar lena isterinya tidak terganggu. Rambut yang terjuntai di dahi isterinya diusik perlahan lalu diselitkan ke belakang telinga. Badan ditundukkan sedikit lalu bibirnya menyentuh lembut pipi mulus Hyeora.

Ekor mata Jimin menangkap pergerakan perlahan si malaikat kecil yang turut terlena dengan nyenyak di sebelah isterinya. Kali ini dia mendekati pula tubuh mungil si kecil itu lalu mencium pipinya dengan begitu lama seolah-olah tidak mahu terlepas dari menghidu haruman semulajadi yang menyamankan milik bayi itu. Si kecil menggeliat perlahan dengan gerakan yang comel sehingga mengundang senyuman Jimin.

"Chim?"

Jimin sedikit tersentak apabila Hyeora bersuara. Wajah mamai isterinya dipandang.

"Sorry ganggu tidur awak, sayang. Awak tidurlah balik." Jimin membelai lembut rambut isterinya bagai mendodoi Hyeora agar tidur semula. Hyeora mengendahkan kata-kata Jimin lalu bangkit dari pembaringannya. Matanya ditenyeh perlahan.

"Dah lama awak sampai?"

"Baru je." Balas Jimin sambil menepuk-nepuk perlahan punggung si kecil yang terganggu lenanya kerana suara mereka.

"Maaf saya tertidur. Saya ingat nak tunggu awak balik tadi dekat bawah tapi tak sangka pula saya boleh tertidur dekat sini masa tengah tidurkan Nahyun." Ujar Hyeora dengan nada yang agak kesal. Jimin tersenyum kecil lalu menggeleng.

"Tak apa. Saya faham. Mesti awak penat seharian ni layan Nahyun."

"Mana ada penat."

"Alasan." Jimin tahu Hyeora sengaja memberikan jawapan bagi menyedapkan hatinya. Macam dia tidak tahu kalau Nahyun meragam tiap tengah malam, Hyeora sukar untuk tidur malahan kadang-kadang sampai tidak tidur langsung semalaman itu. Apabila Jimin meminta untuk menjaga Nahyun tiap malam, pasti Hyeora melarang dengan alasan Jimin perlu rehat yang cukup kerana letih seharian bekerja.

[DIBUKUKAN] Bad Boy ✔️Stories to obsess over. Discover now