"Every girl wants a bad boy who will be good just for her."
Dipertemukan dengan lelaki yang jelas bukan seperti lelaki yang diimpikannya. Kim Taehyung, lelaki itu telah meragut satu-satunya harta yang berharga bagi seorang perempuan. Dan yang malang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hanah's POV
"Hanah, kau duduklah dulu. Tak penat ke berdiri dari tadi?" Aku yang mengelamun sambil menggigit jari tersentak. Aku pandang Hyeora dan akur dengan arahannya.
Bila aku nervous atau risau aku tak biasa duduk diam. Sebab tu aku berdiri tak pun jalan ulang-alik sekitar sini.
"Relaks lah. Kau tengok ibu mengandung yang lain tu. Lek je." Hyeora juihkan bibir kearah beberapa wanita yang duduk tidak jauh dari kami.
"Diorang lain. Diorang dah bersuami–"
"Okey okey aku faham. Sorry." Hyeora memotong percakapan aku. Aku mengeluh dan pandang jam di tangan aku. Mesti omma banyak tanya bila aku dah balik nanti.
"Lama lagi ke?"
"Kejap je—"
"Hanah Lee." Suara seorang nurse bergema di ruang menunggu itu.
"Kan aku dah kata. Jom." Hyeora pantas menarik tangan aku untuk berdiri. Aku pejamkan mata dan tarik nafas sebelum menghembus perlahan.
Kau kena kuat, Hanah.
Aku ikut langkah Hyeora masuk ke dalam bilik pemeriksaan.
"Tunggu sekejap ye. Doktor Jung akan masuk kejap lagi." kata nurse itu. Aku dan Hyeora cuma mengangguk dan tersenyum. Nurse itu keluar meninggalkan kami. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita dalam lingkungan 30-an bersama kot putih labuh khas untuk doktor.
"Cik Hanah Lee ye?" soal doktor itu. Aku angguk.
"Apa yang saya boleh bantu? Kandungan cik bermasalah ke?" soal doktor itu lagi. Aku pandang Hyeora disebelah aku. Dia memberi isyarat kepada aku melalui mata untuk memberitahu tujuan aku datang ke sini.
"Em, saya nak buat check up untuk pengesahan kandungan. Pagi tadi saya guna pregnancy test, result dia positif." jelas aku. Doktor Jung terangguk-angguk. Dia mengambil sebuah fail berwarna coklat di atas mejanya dan mula menulis sesuatu di situ.
"Kalau Cik Hanah nak make sure pasal kandungan tu, kita kena buat ujian darah. Lepas tu kita periksa kandungan Cik Hanah dengan ultrasound. Kira-kira dah berapa lama usia kandungan kalau betul Cik Hanah pregnant?" Doktor Jung menyoal.
"2 minggu atau seminggu lebih macam tu." balas aku dengan sedikit ragu-ragu. Aku lewat period 2 minggu rasanya.
"Okey, noted. Cik Hanah boleh baring." Doktor Jung tersenyum selepas menulis semua maklumat yang aku berikan ke dalam failnya. Aku segera berbaring di atas katil yang tersedia. Dia mula mengambil darah aku untuk ujian darah kemudian dia mengambil sejenis alat ultrasound dan dibawa ke katil di tempat aku berbaring.
Tangannya disarungkan dengan sarung tangan getah berwarna putih. Sebuah botol kecil yang aku tak pasti nama dia apa, dia ambil dan buka penutup sebelum menuangkan isinya ke tapak tangannya.
Cecair itu diratakan di tapak tangannya lalu dia mengangkat sedikit baju aku ke atas. Tangannya menyapu cecair itu disekitar perut aku. Selesai meratakan kesemuanya, dia mengambil alat ultrasound lalu ditekapkan ke perut aku. Alat itu digerakkan ke sekitar rahim aku. Doktor Jung fokus memandang skrin ultrasound sambil menggerakkan alat ditangannya.
"I can see a gestational sac on the screen." gumam Doktor Jung.
"Apa?" Aku kerutkan dahi mendengar perkataan yang pelik itu.
"Gestational sac, sejenis cecair yang besar dan mengelilingi embrio." jelas Doktor Jung dengan lebih terperinci. Mulut aku sedikit terbuka.
"M-maksudnya.."
"You are pregnant! Congratulations!" Doktor Jung memotong ayat aku dan tersenyum gembira.
You are pregnant.
Ayat yang jelas menunjukkan bermulanya titik hitam aku dan masa depan aku mula menuju ke jalan yang kelam.
----
"Bodoh betul lelaki tu! Dah perempuan tu terus terang dia pulak yang jual mahal ei!"
Aku menutup pintu dan memandang kearah ruang tamu. Omma sedang sibuk membebel tentang drama yang ditontonnya. Aku lepaskan keluhan dan melangkah malas kearah tangga.
"Hanah? Kenapa lambat sangat balik? Mana barang-barang kamu? Bukan kamu pergi shopping dengan Hyeora ke tadi?" Omma tak henti-henti menyoal. Aku diam dan tidak menjawab. Memang aku ada mesej omma kononnya aku shopping dengan Hyeora.
Apa alasan aku nak bagi?
"Omma dah kata jangan risau. Guna je kad kredit yang omma bagi tu. Omma tak marah pun." Aku menghela nafas apabila omma kembali bersuara. Aku tak perlu jawab pertanyaan dia tadi. Aku cuma menghadiahkannya senyuman kecil dan anggukan.
"Ni kenapa muka macam sedih je ni? Ada masalah? Cerita kat omma kalau ada apa-apa masalah sayang." Omma bersuara lagi. Aku menggeleng kecil.
"Tak adalah omma. Hanah okey je. Penat sikit."
"Betul ke? Jangan berahsia dengan omma tau. Omma tahu kamu—"
"Kan Hanah dah cakap tak ada apa-apa maknanya tak ada apa-apalah!" Omma terdiam. Aku terus lari menaiki tangga dan masuk kedalam bilik. Tangisan aku pecah.
Bukan niat aku nak tinggikan suara dekat omma tadi. Cuma mood aku tak berapa baik dengan berita yang aku dapat dari klinik tadi.
Aku menangis sepuasnya. Tiba-tiba otak aku terfikirkan Taehyung.
Kalau aku bagitahu Taehyung agaknya dia suruh aku gugurkan macam dia suruh gugurkan kandungan perempuan yang dia mainkan sebelum ni tak?
Aku menggeleng.
Tak. Aku tak akan bagitahu dia buat masa terdekat ni.
Tapi aku kena cari cara supaya dia bertanggungjawab. Aku kena jumpa dia nanti.
Aku sentuh perut aku yang masih kempis. Jari aku mengusap perlahan disitu.
Walaupun bayi ini bukan lambang cinta aku dan Taehyung dan bukan hasil daripada hubungan yang sah, tapi aku masih ada perasaan kasihan terhadap dia.
Bukan salah dia.
Dia tak minta untuk hadir dalam keadaan macam ni. Tapi ini semua takdir. Ini salah aku sendiri.
Tangan aku masih mengusap lembut perut aku sebelum aku bergumam perlahan.