01 ; Dobi

463 79 34
                                    

ㆁdahye'sㆁ


Hari yang berlainan. Tapi...

'Splashhh!'

"Hahaha! Muka kau nampak lebih berseri dengan latte ni." Ujar Hoseok sambil ketawa.

...nasib yang sama. Inilah rutin harianku. Sentiasa dibuli oleh orang yang aku.. cintai.

"Oi perempuan murahan. Balik ni, aku nak kau siapkan semua kerja rumah aku. Kau faham tak?!" Tengking Hoseok padaku.

"B-baik.." Aku hanya akur.

"Dah. Jom bla." Hoseok beredar bersama kawannya dan meninggalkan aku seorang diri di kafeteria.

Tiba-tiba, sepasang tangan menghulurkan tangannya kepadaku. Aku mendongak dan melihat wajah lelaki itu. Park Jimin.

"Kajja. Kita bersihkan latte yang melekat dekat muka awak tu." Ucap Jimin sambil tersenyum hambar.


ㆁㆁ


"Aish. Hoseok tak sepatutnya layan isteri dia macam ni." Kata Jimin sambil mengelap wajahku dengan sapu tangan miliknya.

"Tak apa lah. Selagi dia gembira, saya juga akan gembira, Jimin." Ucapku lalu tersenyum nipis.

"Gembira? Awak gembira ke bila dia seksa awak macam ni? Awak gembira bila dia layan awak macam ni? Gembira ke?!" Marah Jimin.

Air mataku akhirnya mengalir dengan deras. Aku tak mampu bertahan dari mengalirkan air mata. Jujur, aku tidak gembira apabila Hoseok melayan aku seperti anjing jalanan.

"Haih. Maafkan saya, Dahye. Saya cuma tak mahu lihat awak bersedih." Luah Jimin lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Awak patut pergi sekarang Jimin. Hoseok mesti tengah cari awak. Cepat, pergi sekarang." Arahku untuk menukar topik.

Air mataku diusap serta merta. Cermin mataku dibetulkan kedudukannya pada batang hidungku agar lebih selesa.

"Yelah. Awak pula pergi tukar baju dan balik ke kelas, okay?" Arah Jimin sambil membetulkan kolar bajunya.

"Ya." Jawabku tanda akur.

Setelah Jimin hilang dari pandangan mataku, aku kembali menangis. Sungguh aku tidak dapat menahan rasa sebak yang mula merebak di dadaku.

Kenapa.. kenapa aku perlu dilayan sebegini? Aku isteri dia. Isteri yang sah. Tapi kenapa aku dilayan seperti sampah? Adakah sebab aku hanyalah yeoja yang datang dari keluarga yang miskin?

'Tingg!'

Telefon bimbitku yang berada di sebelah, aku ambil. Aku melihat ke arah skrin telefon. Satu mesej dari Jimin.

From: Jimin (familyyy)

< Dahye? Mana awak? Dah siap tukar baju? Cepat sikit. Kelas Mrs. Min akan mula sekejap lagi.

Haih. Nampaknya aku kena cepat. Nanti tak pasal-pasal aku dimarahi dengan Jimin. Percaya atau tak, Jimin lebih menakutkan dari Hoseok apabila dia marah. Nampak je kecik dan comel.


ㆁhoseok'sㆁ


Aku menoleh kebelakang dan memandang ke arah meja Jimin. Dahye masih tiada di tempat duduknya. Heh. Baguslah. Kau tak payah masuk kelas pun takpe.

'Tap! Tap! Tap!'

"Kau–"

"Dahye! Awak pergi mana lama-lama?" Soal Jimin yang berada di belakang.

[C] Change ➽ jhsWhere stories live. Discover now