ㆁㆁㆁ
"Nah. Minum air ni. Mama awak yang bancuhkan." Ujar Jimin sambil menghulurkan secawan susu panas kepada Dahye."Tapi.. saya tak minum susu." Kata Dahye lalu membuat memek muka risau.
"Minum je. Ini untuk kebaikan awak juga. Minum supaya tulang awak yang retak tu boleh sembuh dan kembali bercantum." Kata Jimin sambil membuat wajah menyampah.
"Haih." Keluh Dahye.
"Ada orang tu beruntung sebab ada orang nak jaga dia. Suami sendiri pun tak ada nak layan dia macam tu. Dah lah suami kaki pukul. Lepastu masih lagi nak sayang—"
"Ok fine! Saya minum. Okay? Boleh awak berhenti membebel?" Soal Dahye sambil mencebik sedikit.
"Heee. Macam tu lah." Jimin hanya tersengih gembira sehingga menampakkan giginya.
Dahye mula meneguk susu panas itu perlahan-lahan sambil menutup hidungnya. Setelah selesai, Dahye berasa sedikit loya.
Ini kerana dia tidak menyukai susu. Teramat benci pada susu. Oleh kerana susu yang diminum oleh Dahye itu masih terasa di sekitar dalam mulutnya, Dahye menjadi mual.
Dia mahu muntahkan semula susu itu.
"Yah Jung Dahye. Jangan berani kau nak muntahkan semula susu tu." Gertak Jimin.
"Tak boleh tahan.." Ucap Dahye sambil menutup mulutnya.
"Kalau macam tu.."
'Chuuu!'
"Haa macam mana? Rasa lebih baik?" Soal Jimin sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Eo? Apa yang rasa lebih baik?" Soal Dahye hairan.
"Cium— ehh?" Jimin akhirnya kembali ke dunia nyata.
Jimin menepuk kuat dahinya dan juga menggigit bibirnya kerana berasa malu. Malu apabila dia telahpun berangan sehingga ke bulan.
Jimin kembali melihat ke arah Dahye yang sedang meneguk susu panas itu. Wajah Dahye hanya menunjukkan riak wajah yang biasa seperti tidak berasa mual ketika meminum susu itu.
"Ouh ya Jimin. Tentang semalam, yang awak katakan tu, awak yakin ke idea tu akan berjaya?" Soal Dahye ragu-ragu sambil menggenggam erat cawan kaca dia tangannya.
"Jangan risau. Sudah tentu akan berjaya." Jawab Jimin yakin.
"Macam mana?" Soal Dahye.
'Krekkk!'
Muncul Puan Jung di hadapan pintu sambil memandang ke atas. Wajahnya penuh dengan keyakinan.
"Mama rasa mama boleh tolong." Puan Jung tersenyum penuh makna.
"M-mama." Jung Dahye terkedu kerana tidak percaya ibu mertuanya akan menolongnya.
"Excuse me. Mama dulu makeup artist punya orang tau. Mama selalu makeup muka BTS yang tampan-tampan belaka tu. Tapi akhirnya mama terpaksa berhenti sebab papa kamu cemburu. Eish menyampah." Kata Puan Jung tidak puas hati.
Akhirnya tawa Jimin dan Dahye meletus. Puan Jung pula mula membebel apabila dia diketawakan oleh dua pelajar kolej itu.
Sementara di luar bilik, Jung Hoseok memerhatikan mereka dengan hati yang membara. Entah apa yang mereka ketawakan, tapi ianya cukup membuatkan Hoseok berasa geram.
Lagi-lagi Jimin. Wajah Jimin benar-benar membuatkan mata Hoseok sakit. Tidak cukup berjumpa di sekolah, sekarang di rumah pula? Hoseok menggigit bibirnya geram lalu melangkah menuju ke arah dapur.
Amat mengejutkan apabila Tuan Jung berada di dapur sambil menghirup kopi dan membaca surat khabar. Hoseok hanya mengabaikan Tuan Jung lalu membuka peti sejuk untuk mengambil jus anggur yang menjadi kegemarannya.
"Kamu nak ke mana?" Soal Tuan Jung.
"Tak perlu sibuk hal Hoseok." Jawab Hoseok dingin.
"Jung Hoseok!" Suara Tuan Jung mula ditinggikan.
"Daripada layan papa yang tak habis-habis nak menjerit ni, lebih baik Hoseok keluar. Rimas." Kata Hoseok lalu berjalan keluar dari ruang dapur meninggalkan Tuan Jung bersendirian.
"Yah Jung Hoseok!" Sekali lagi Tuan Jung menjerit memanggil nama Hoseok.
Akhirnya Puan Jung yang muncul. Terkejut Puan Jung dibuatnya apabila dia mendengar suara suaminya menjerit dari dalam bilik tetamu.
"Kenapa ni? Apa yang Hoseok dah buat kali ni?" Soal Puan Jung.
"Awak tanyalah anak awak tu. Keras kepala betul." Tuan Jung menghempaskan surat khabarnya di atas meja lalu mengambil kunci kereta miliknya untuk pergi ke pejabat.
"Anak saya pun anak awak juga lah!" Balas Puan Jung geram.
"So hot! Eish geram betul aku dengan orang tua ni lah. Perangai pun serupa macam anak dia. Panas baran." Kata Puan Jung sambil mengipas dirinya dengan menggunakan tangan.
ㆁtbcㆁSincerely,
[ violet ]
YOU ARE READING
[C] Change ➽ jhs
Fanfiction━when you try to change yourself into a better person, that doesn't mean you have to change your feeling too. " Jangan pernah berharap yang aku akan jadi macam dulu. " " Tolonglah Dahye. Aku rindukan kau yang dulu. " ━×━×━ beautiful arts by; JaeNale...